JAKARTA: Penyanyi kelahiran Indonesia, Putri Ariani tampil membuat persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia (HUT) ke-78 di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Khamis.
Putri Ariani yang pernah muncul di pentas America's Got Talent (AGT) 2023 di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat (AS) tahun ini berjaya menghiburkan tetamu kehormat termasuk Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi dan isterinya Iriana.
Ditemani ibu-bapanya menuju ke piano, penyanyi berusia 17 tahun itu memulakan persembahan dengan lagu 'Melati Suci' ciptaan Guruh Soekarnoputra.
Komposer itu juga dilihat hadir menyaksikan persembahan memukau oleh Putri Ariani yang diiringi alunan muzik pimpinan Gita Bahana Nusantara.
Putri Ariani sempat bertanya khabar kepada Presiden Jokowi dan seluruh penonton setelah selesai menyanyikan lagu "Melati Suci".
"Apa khabar semuanya? Alhamdulillah, pertama-tama Putri mahu menyampaikan ucapan terima kasih.
"Putri sangat bangga, senang, dan terharu sekali boleh menjadi sebahagian daripada perayaan peringatan HUT ke-78 Republik Indonesia.
"Dirgahayu Republik Indonesia, terus melaju untuk Indonesia maju," ucapnya ringkas.
Tidak lama kemudian, Putri Ariani meneruskan persembahan dengan sebuah lagu irama dangdut berjudul "Rungkad" ciptaan Vicky Tri Prasetyo.
Lebih menarik, persembahan keduanya berjaya membuat hadirin bangun daripada kerusi dan menari di pekarangan halaman Istana Merdeka.
Putri Ariani atau nama sebenarnya, Ariani Nisma Putri yang berasal dari Riau dijangka meneruskan perjuangan di pentas separuh akhir AGT 2023 pada 5 September di AS (6 September waktu Malaysia).
Faida Rahim
Thu Aug 17 2023
Putri Ariani tampil membuat persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia (HUT) ke-78 di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Khamis. -Foto kompas.com
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Sekurang-kurangnya empat maut dalam insiden tembakan di sebuah bar di AS
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hurikan Hilary landa California
Selatan California telah mengalami kesan ribut sejak awal Ahad dan jumlah curahan hujan mula meningkat.
Putri Ariani tampil persembahan memukau sempena Hari Kemerdekaan Indonesia
Penyanyi kelahiran Indonesia, Putri Ariani tampil membuat persembahan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia (HUT) ke 78 di Istana Merdeka, Jakarta Pusat pada Khamis.
Kanak-kanak tidak sengaja tembak mati adik usia setahun di California
Mangsa yang cedera di kepala itu dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada 8.30 pagi Isnin waktu tempatan.
Enam maut, pesawat terhempas berhampiran lapangan terbang California Selatan
Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran Lapangan Terbang French Valley di California hingga mengorbankan kesemua enam penumpang.
'Wolverine' dikesan di California, kedua disahkan dalam tempoh 100 tahun
Seekor wolverine liar dikesan beberapa kali di California bulan lepas, menurut Jabatan Ikan dan Hidupan Liar California.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
2 terbunuh pesawat kecil ke Hawaii terhempas di pantai California
Sebuah pesawat kecil yang dipercayai dalam perjalanan ke Hawaii terhempas di pantai California, mengorbankan jurutebang dan pembantunya.
Gempa 5.44 pada skala Richter landa California
Gempa bumi berukuran 5.44 pada skala Richter menggegarkan 4 kilometer barat daya East Shore, California.