PELAKON dan pelawak Pete Davidson dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon wanita Amerika Syarikat, Madelyn Cline.

Memetik US Weekly, Pete yang pernah bertunang dengan bintang pop, Ariana Grande dilaporkan masih memilih selebriti sebagai kekasih hatinya.

Difahamkan, Madelyn merupakan pelakon yang aktif membintangi beberapa drama di saluran Netflix.



Anggota 'Saturday Night Live’ itu dilaporkan menghabiskan masa bersama Cline yang berusia 25 tahun di Hotel Beverly Hills dan kemudian dilihat menikmati sarapan bersama keesokan paginya.

Bulan lalu, media antarabangsa melaporkan Pete telah berpisah dengan pelakon Chase Sui Wonders selepas setahun menjalin hubungan serius.  

“Mereka tertutup dalam hubungan dan menjalani aktiviti secara santai, memakai topi besbol,” kata sumber kepada US Weekly.

Cline dikenali dalam drama siri remaja Netflix yang berjudul Outer Banks sejak tahun 2020, dan juga wataknya sebagai Whiskey dalam filem popular Glass Onion: A Knives Out Mystery.

Pete Davidson telah lama menarik perhatian, terutamanya kerana hubungan cinta yang pernah ada dengan wanita-wanita yang cantik sepanjang tahun.

Antara wanita yang pernah menjalin hubungan cinta dengan Pete termasuklah supermodel Emily Ratajkowski dan Kaia Gerber, pelakon Bridgerton Phoebe Dynevor, Kate Beckinsale termasuk perkahwinan bersam bintang terkenal Kim Kardashian, yang berakhir selepas sembilan bulan.