ENTERTAINMENT
Qi Razali sah bergelar suami kepada Wardah
Pelakon dan pengacara Qi Razali kini sah bergelar suami kepada Wardah dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlatar belakangkan suasana kampung. -Gempak/X
PELAKON dan pengacara, Qi Razali kini sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wardah.
Ringkasan AI
Berita gembira itu dikongsikan oleh personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya menerusi satu hantaran di aplikasi X di mana dia memuat naik beberapa foto sekitar majlis pernikahan pasangan tersebut.
Menerusi perkongsian tersebut, Qi kelihatan segak dan tenang mengenakan busana pengantin serba putih ketika majlis akad nikah berlangsung.
Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup di sebuah lokasi yang berlatar belakangkan suasana kampung serta mencetuskan suasana tenang dan indah buat pasangan tersebut.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mengucapkan tahniah kepada pemain drum kumpulan OAG itu atas berita perkahwinannya.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Alhamdulilah, tahniah Qi Razali dan pasangannya.”
“Tahniah Qi Babah.”
“Tak sangka Qi Razali dah berkahwin,” komen dari netizen. -Gempak
Ringkasan AI
- Pelakon dan pengacara Qi Razali kini sah bergelar suami kepada Wardah dalam satu majlis pernikahan tertutup yang berlatar belakangkan suasana kampung.
- Majlis tersebut dikongsi oleh Fedtri Yahya di platform X, menunjukkan Qi mengenakan busana serba putih dan kelihatan tenang semasa akad nikah.
- Netizen mengucapkan tahniah dan teruja dengan berita perkahwinan Qi, yang juga dikenali sebagai pemain drum kumpulan OAG.