[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Raffi Ahmad ingin berjumpa Anwar Ibrahim

Gempak 22/08/2023 | 00:00 MYT
Raffi Ahmad (kanan) menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PELAKON dan juga pempengaruh media sosial dari indonesia, Raffi Ahmad menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Raffi berkata, dia bercadang untuk bertemu dengan Anwar ketika figura tersebut terbang ke Jakarta tidak lama lagi.
“Assalammualaikum, nama saya Raffi Ahmad. Assalammualaikum Pak Anwar, apa khabar Malaysia Madani?
“Saya sebetulnya tak sabar ingin bertemu dengan Perdana Menter di majlis Temu Anwar di Jakarta.
“Sampai ketemu Insya-Allah 5 September 2023 di Jakarta. Sampai jumpa,” katanya.
Begitupun, Raffi tidak membutirkan alasan mengapa dia ingin bertemu dengan Anwar. - Gempak
#Raffi Ahmad #Anwar Ibrahim #pelakon Indonesia #Perdana Menteri Anwar