HIBURAN
Rahim Razali simpan hasrat hasilkan filem baharu
Rahim (dua dari kanan) menerima cenderamata pada Sesi Apresiasi Tokoh Perfileman Veteran Negara baru-baru ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Selepas lebih enam dekad mencurah bakti dalam dunia seni, tokoh perfileman veteran negara, Datuk Rahim Razali menyimpan hasrat untuk mengarah satu lagi filem sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada kariernya.
Mengagumi pengarah tersohor Jepun, Akira Kurosawa, Rahim, 86, menjadikan tokoh legenda itu sebagai sumber inspirasi untuk terus berkarya biarpun usia semakin lanjut.
"Saya peminat Akira... dia buat filem terakhir pada usia 82 tahun. Saya empat tahun lebih tua daripada itu sekarang, tapi siapa tahu, mungkin saya pun boleh hasilkan satu lagi (filem).
"Kalau boleh, filem cereka. Ceritanya dah lama ada tersemat dalam hati, cuma belum dikeluarkan lagi di atas kertas," katanya pada Sesi Apresiasi Tokoh Perfileman Veteran Negara menerusi program Tribute: Penghargaan Kepada Tokoh-tokoh Perfileman Veteran Negara bersempena dengan Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) baru-baru ini.
Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu turut disertai pelakon dan pengarah tersohor Datuk Rosnani Jamil, manakala pengacara Ahmad Fedtri Yahya bertindak sebagai moderator.
Rahim mengakui menerima pelawaan dan terlibat dalam perbincangan awal dengan beberapa pihak untuk kembali mengarah, namun belum ada keputusan muktamad setakat ini.
"Keinginan itu masih ada, tapi saya kena sedar diri. Fizikal saya tak begitu kuat dan ingatan pun makin berkurangan. Saya tak ada penyakit apa-apa, cuma tenaga tu dah tak macam dulu," kata bekas akauntan itu.
Rahim yang turut dikenali sebagai pelakon, penulis skrip dan penerbit, pernah menjadi pengulas sukan termasuk Sukan Olimpik yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebanyak lima kali dan pertandingan Bola Sepak Piala Dunia sebanyak enam kali.
Karier seni beliau bermula pada 1959 dengan beberapa karya arahannya menjulang namanya sebagai pengarah hebat antaranya Abang, Pemburu, Matinya Seorang Patriot dan Tsu Feh Sofiah.
Bagi Rahim, filem Abang yang diterbitkan pada awal 1980-an merupakan karya paling sentimental dalam karier seninya kerana ia percubaan pertama beliau sebagai penulis dan pengarah, sekali gus menjadi titik tolak kepada perjalanan baharunya dalam dunia perfileman tanah air.
Menurutnya, Abang dihasilkan dengan niat menonjolkan kemunculan bangsa Melayu baharu yang berani menghadapi cabaran ekonomi dan kehidupan moden, sambil mengekalkan nilai kekeluargaan sebagai kekuatan utama masyarakat.
"Filem itu membawa mesej identiti Melayu tidak lagi terhad kepada penjawat awam atau askar semata-mata, tetapi berkembang sebagai usahawan, profesional dan pejuang dalam bidang ekonomi. Saya gembira kerana mesej itu masih kekal relevan hingga hari ini," katanya.
Filem Abang yang menampilkan gandingan Rahim dengan Noorkumalasari, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Fauziah Ahmad Daud dan Allahyarham Datuk S. Roomai Noor memenangi Anugerah Skrip Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik pada FFM2.
Berkongsi rahsia menjadi pengarah dan penulis yang baik, Rahim yang pernah memenangi Anugerah Pengarah Terbaik pada FFM5 dan FFM6 menekankan kepentingan minat, ilmu dan kejujuran dalam berkarya selain tidak dihasilkan secara terburu-buru.
"Yang penting, betul-betul minat. Banyakkan membaca, tak kiralah novel, buku atau surat khabar supaya kita faham manusia dan dunia sekeliling. Bila minat datang dari hati, idea akan datang sendiri.
"Karya yang baik mesti datang dari dalam, bukan sekadar ikut apa yang mata nampak. Apa yang hati dan jiwa rasa, itu yang akan sampai kepada orang," katanya yang turut mengingatkan pelakon dan pengarah muda agar tidak menerima tawaran tanpa memahami isi dan nilai sesebuah cerita.
-- BERNAMA