[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Rahsiakan kelahiran bayi perempuan, Kylie Jenner mohon maaf kepada peminat

Agensi 05/02/2018 | 00:45 MYT
KYLIE: SAYA minta maaf kerana membiarkan anda berteka-teki selama ini. Kandungan saya adalah pilihan saya untuk tidak mendedahkannya kepada dunia. -Instagram @kyliejenner
"SAYA minta maaf kerana membiarkan anda berteka-teki selama ini. Kandungan saya adalah pilihan saya untuk tidak mendedahkannya kepada dunia.”
Itu kenyataan yang dikeluarkan bintang realiti TV, Kylie Jenner yang sebelum ini dilapor merahsiakan kehamilan serta kelahiran bayinya.
Desas-desus yang bertiup kencang sebelum ini mendakwa selebriti berusia 20 tahun itu sedang mengandung namun Kylie bertindak mendiamkan diri berhubung dakwaan itu.
Menerusi laman Instagramnya pada Ahad, Kylie mengesahkan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Februari lalu.

♥️

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Anak pertama hasil perkongsian hidup dengan penyanyi rap Travis Scott itu walau bagaimanapun belum diberikan nama.
Khabar mengenai Jenner hamil tersebar pada September, namun tiada pengumuman rasmi dibuat.
Kylie Jenner merupakan adik bongsu daripada adik-beradik Kardashian-Jenner yang terkenal menerusi siri "Keeping up with the Kardashians" bersama kakaknya Kendall, Kourtney, Kim, dan Khloé.
Selain itu, Kylie merupakan personaliti terkenal di media sosial dan memiliki jenama kosmetiknya sendiri.
#anak #bayi #Keeping Up With the Kardashians #Kylie Jenner #Media #media sosial #Travis Scott