[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Rain jatuh cinta dengan Laksa Sarawak

Faida Rahim 05/08/2023 | 14:17 MYT
Rain merupakan salah satu bintang terbesar dunia K-Pop yang mempunyai ramai peminat di Korea Selatan, Asia dan seluruh dunia turut memaklumkan dia menggemari Laksa Sarawak. - Gambar Twitter @goKPOP
KUCHING: Superstar K-Pop, Rain, menerima sambutan luar biasa daripada peminat ketika berada di Old Court House, Kuching pada Jumaat.
Rain atau nama penuhnya Jung Ji Hoon berada di negeri itu sempena Festival Anugerah Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 pada 2 hingga 4 Ogos serta menghadiri malam gala AIFFA di Hotel Pullman Kuching.
Dalam sebuah video tular di media sosial, superstar berusia 41 tahun ini memaklumkan jatuh cinta dengan keenakan makanan di negeri itu.
"Ini kali pertama saya (di sini). Saya sangat suka Kuching, ia seperti syurga, terdapat makanan yang lazat dan ia sebuah bandar yang indah. Saya suka Kuching," katanya yang mendapat sorakan peminat selepas itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
 Kredit gambar: goKPOP
Rain merupakan salah satu bintang terbesar dunia K-Pop yang mempunyai ramai peminat di Korea Selatan, Asia dan seluruh dunia turut memaklumkan dia menggemari Laksa Sarawak.
“Kegemaran saya ialah laksa. Semalam saya makan laksa dan uhm… dim sum?” katanya.
Penyanyi yang menghasilkan album pertama berjudul Bad Guy pada 2002 itu juga sempat menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Melayu antaranya "Apa khabar?" dan "Saya sayang kamu".
#Korea Selatan #pelancongan #rain #AIFFA 2023