HIBURAN
Raise The Star Malaysia: Angkat bakat tempatan
Peserta-peserta Raise The Star Malaysia selepas selesai sesi Busking Face Off di Bukit Bintang, pada Jumaat. - Foto Astro
BUKIT BINTANG: Daripada pentas ke jalanan, Astro kekal komited menyokong pelapis baharu dalam industri muzik tanah air.
Ringkasan AI
Susulan itu, Astro menganjurkan 'Raise The Star Malaysia Busking Face Off Activation' yang mengumpulkan peserta-peserta program realiti itu untuk berentap di tengah-tengah kehangatan Bukit Bintang, pada Jumaat.
Penolong Kanan Naib Presiden Kumpulan Pemasaran Astro, Ezura Shazween Kamal Bahrin berkata, inisiatif ini adalah bagi menonjolkan lagi identiti peserta-peserta Raise The Star Malaysia.
“Program ni memberikan peluang kepada bakat-bakat yang ada di atas stage (pentas) kita sekarang sebab apa yang kita cari bukan sekadar suara.
“Mereka semua memang boleh nyanyi tetapi kita mencari satu identiti yang boleh match (sepadan) dengan lagu yang diberikan kepada mereka oleh komposer-komposer yang renowned (terkenal) dalam program ni," katanya ketika ditemui di Raise The Star Malaysia Busking Face Off, di sini.
Ezura Shazween berkata, Program Raise The Star memberi peluang kepada bakat baharu untuk terus mengasah potensi mereka melalui platform dan karya yang bersesuaian, dengan harapan agar mereka mampu mencipta nama dan menjadi kebanggaan dalam industri muzik tempatan.
“Kali ini kita bawa mereka to the street (ke jalanan) supaya penonton dan peminat boleh tengok sendiri bakat mereka dan diharap dapat mengadili secara langsung sama ada mereka layak ke final ataupun tidak.
“Pada masa sama juga kita berkolaborasi bersama dengan “buskers” yang ada dekat sini untuk menunjukkan bahawa kita sebagai musician (pemain muzik) patut menyokong satu sama lain,” tambahnya.
Acara dirancakkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan Genji Buskers sekali gus menguatkan lagi misi Astro dalam mengangkat semangat kepelbagaian dalam muzik.
Sementara itu, juri tetap program realiti tersebut, Shila Amzah dan Aina Abdul berkongsi pandangan berhubung inisiatif ini selain turut mengadakan persembahan penutup bagi menyemarakkan lagi suasana.
“Orang yang kita perlu hiburkan tu kira kata orang adalah masyarakat kita punya penonton bila kita ada “one to one” macam ni dengan audience (penonton) ia akan bentuk kita punya confidence (keyakinan) dan akan memberikan kita keselesaan untuk naik ke atas pentas.
“Saya dapat merasakan Astro sangat-sangat pelbagai dalam mengangkat bakat-bakat baharu sebab banyak usaha yang telah dilakukan sebelum ni menerusi program-program realiti lain, jadi ini merupakan inisiatif yang bagus daripada Astro, terima kasih atas peluang ini,” jelas Shila Amzah.
“Dengan adanya usaha ini i think (fikir) akan buatkan lagi ramai penyanyi ataupun bakat-bakat muda di luar sana lebih tampil berani kerana ini merupakan peluang untuk anda lebarkan sayap dan membuka lagi pintu rezeki sebab pintu rezeki tu luas jadi saya puji lah Astro punya inisiatif dengan Raise The Star.
“Saya harap usaha ini tidak dihentikan di situ sahaja, saya harap bakat-bakat yang dilahirkan daripada program realiti ini dikekalkan dalam industri dan diberi peluang yang lebih banyak untuk mereka kembangkan lagi bakat,” ujar Aina Abdul.
Saksikan Raise The Star Malaysia di Astro Ria (saluran 104) setiap Ahad jam 9 malam atau strim melalui Pakej Astro One bermula dari RM49.99 sebulan dan aplikasi Sooka.
Ringkasan AI
- Astro menganjurkan 'Raise The Star Malaysia Busking Face Off' di Bukit Bintang untuk memberi peluang peserta menonjolkan identiti dan bakat nyanyian secara langsung.
- Inisiatif ini turut melibatkan kolaborasi dengan pemuzik jalanan seperti Genji Buskers, disokong juri tetap seperti Shila Amzah dan Aina Abdul.
- Astro komited membantu pelapis baharu industri muzik melalui program realiti dan berharap bakat yang dicungkil kekal aktif dalam industri.
Susulan itu, Astro menganjurkan 'Raise The Star Malaysia Busking Face Off Activation' yang mengumpulkan peserta-peserta program realiti itu untuk berentap di tengah-tengah kehangatan Bukit Bintang, pada Jumaat.
Penolong Kanan Naib Presiden Kumpulan Pemasaran Astro, Ezura Shazween Kamal Bahrin berkata, inisiatif ini adalah bagi menonjolkan lagi identiti peserta-peserta Raise The Star Malaysia.
“Program ni memberikan peluang kepada bakat-bakat yang ada di atas stage (pentas) kita sekarang sebab apa yang kita cari bukan sekadar suara.
“Mereka semua memang boleh nyanyi tetapi kita mencari satu identiti yang boleh match (sepadan) dengan lagu yang diberikan kepada mereka oleh komposer-komposer yang renowned (terkenal) dalam program ni," katanya ketika ditemui di Raise The Star Malaysia Busking Face Off, di sini.
Ezura Shazween berkata, Program Raise The Star memberi peluang kepada bakat baharu untuk terus mengasah potensi mereka melalui platform dan karya yang bersesuaian, dengan harapan agar mereka mampu mencipta nama dan menjadi kebanggaan dalam industri muzik tempatan.
“Kali ini kita bawa mereka to the street (ke jalanan) supaya penonton dan peminat boleh tengok sendiri bakat mereka dan diharap dapat mengadili secara langsung sama ada mereka layak ke final ataupun tidak.
“Pada masa sama juga kita berkolaborasi bersama dengan “buskers” yang ada dekat sini untuk menunjukkan bahawa kita sebagai musician (pemain muzik) patut menyokong satu sama lain,” tambahnya.
Acara dirancakkan lagi dengan persembahan daripada kumpulan Genji Buskers sekali gus menguatkan lagi misi Astro dalam mengangkat semangat kepelbagaian dalam muzik.

Sementara itu, juri tetap program realiti tersebut, Shila Amzah dan Aina Abdul berkongsi pandangan berhubung inisiatif ini selain turut mengadakan persembahan penutup bagi menyemarakkan lagi suasana.
“Orang yang kita perlu hiburkan tu kira kata orang adalah masyarakat kita punya penonton bila kita ada “one to one” macam ni dengan audience (penonton) ia akan bentuk kita punya confidence (keyakinan) dan akan memberikan kita keselesaan untuk naik ke atas pentas.
“Saya dapat merasakan Astro sangat-sangat pelbagai dalam mengangkat bakat-bakat baharu sebab banyak usaha yang telah dilakukan sebelum ni menerusi program-program realiti lain, jadi ini merupakan inisiatif yang bagus daripada Astro, terima kasih atas peluang ini,” jelas Shila Amzah.

“Dengan adanya usaha ini i think (fikir) akan buatkan lagi ramai penyanyi ataupun bakat-bakat muda di luar sana lebih tampil berani kerana ini merupakan peluang untuk anda lebarkan sayap dan membuka lagi pintu rezeki sebab pintu rezeki tu luas jadi saya puji lah Astro punya inisiatif dengan Raise The Star.
“Saya harap usaha ini tidak dihentikan di situ sahaja, saya harap bakat-bakat yang dilahirkan daripada program realiti ini dikekalkan dalam industri dan diberi peluang yang lebih banyak untuk mereka kembangkan lagi bakat,” ujar Aina Abdul.
Saksikan Raise The Star Malaysia di Astro Ria (saluran 104) setiap Ahad jam 9 malam atau strim melalui Pakej Astro One bermula dari RM49.99 sebulan dan aplikasi Sooka.


#Raise The Star Malaysia
#Raise The Star Malaysia Busking Face Off Activation
#Astro
#Program Realiti
#bakat tempatan
#genji buskers
#Shila Amzah
#Aina Abdul