HIBURAN

Rajinikanth kembali ke Malaysia untuk sambung penggambaran 'Kabali'

Kohilah Sekaran 02/02/2016 | 04:32 MYT
Rajinikanth tiba di KLIA pada Isnin sekitar jam 6 petang untuk menyambung penggambaran filem terbaharunya, Kabali. - Twitter/@RajiniFC
Lagenda filem Tamil, Rajinikanth tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam sekitar jam 6 petang untuk menyambung penggambaran filem terbaharunya, 'Kabali'.

Ketibaan beliau sekali lagi disambut meriah oleh peminat serta diiringi pengawal keselamatan dan pihak polis di KLIA.

Memetik beberapa laporan media, pelakon berusia 64 tahun itu akan berada di Kuala Lumpur selama 16 hari untuk meneruskan penggambaran filem Kabali.

BACA: Rajinikanth terus jadi tumpuan peminat di Malaysia

Penggambaran ini dikatakan untuk adegan terakhir bagi filem tersebut.

Bagaimanapun, lokasi penggambaran tidak didedahkan atas tujuan keselamatan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

That Style! That Walk!That Speed!Never gets old\m/

Posted by Superstar Rajinikanth on



Rajinikanth sebelum ini tiba di Malaysia
pada 26 Oktober lalu untuk memulakan penggambaran filem ini.

Susulan itu, ia mencetuskan fenomena tersendiri di laman sosial, dengan hashtag seperti #rajinikanthinmalaysia dan #kabaliinmalaysia mula membanjiri Facebook, Instagram dan Twitter.

'Kabali' merupakan filem Rajinikanth ke-159 dan dijangka mula ditayangkan pada April ini. Filem itu diarah oleh pengarah filem, Pa Ranjith.

Selepas penggambaran ini, Rajinikanth akan kembali ke Chennai, India untuk memulakan penggambaran filem seterusnya iaitu sekuel kepada 'Endhiran' yang bertajuk 'Endhiran 2' (Robot).

VIDEO: Rajinikanth di Melaka untuk penggambaran Kabali




##Kabaliinmalaysia ##rajinikanthinmalaysia #Kabali #Kabali in Malaysia #Rajinikanth in Malaysia