Rakam 'reply' lagu Di Matamu Sufian Suhaimi, netizen persoal tindakan Fathia 'cc' Elfira Loy

Gempak
April 2, 2018 00:53 MYT
Terkejut dengan tindakan Fathia, Elfira bertanya mengapa pelakon drama bersiri Ariana Rose itu melakukan perkara sedemikian. - Foto Twitter
SELEPAS beberapa lagu 'cover' nyanyiannya mendapat respon positif, aktres Fathia Latiff muncul dengan lagu 'cover' terbaru.
Fathia membuat kelainan dengan merakam versi balasan (reply) lagu Di Matamu dendangan asal Sufian Suhaimi dan memuat naik lagu tersebut di laman YouTube Mixology Music.
Dilancarkan pada 30 Mac lalu, Fathia mempromosikan lagu tersebut di laman Twitter miliknya.
Apa yang mengejutkan, menerusi salah sebuah tweet, Fathia telah 'mention' dan 'cc' bekas tunang Sufian, Elfira Loy.
Terkejut dengan tindakan Fathia, Elfira bertanya mengapa pelakon drama bersiri Ariana Rose itu melakukan perkara sedemikian.
"Why do you have to cc me?" tulis Elfira.
Tenang menjawab soalan Elfira, Fathia menjelaskan yang lagu 'cover' tersebut merupakan lagu balasan (reply) dan telah diubah liriknya.
Tindakan Fathia mendapat perhatian segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan aktres itu melibatkan Elfira dalam hal ini.
BACA: Tak jadi kahwin hari ini, Sufian Suhaimi lancar klip video 'Di Matamu'
Dalam pada itu, lagu 'cover' Di Matamu nyanyian Fathia mendapat hampir 130,000 tontonan dan menduduki tangga ke 15 dalam carta trending YouTube.
BACA: "Hanya salah faham, tak ada niat buruk" - Fathia Latiff mohon maaf dengan Iqram Dinzly
Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji kelunakan suara aktres itu dan tidak sabar menantikan single pertama Fathia yang bakal muncul tidak lama lagi.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Twitter
#Di Matamu #Elfira Loy #Fathia Latiff #pelakon #penyanyi #Sufian Suhaimi #tunang #Tweet #Twitter #viral #YouTube