[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Rakan artis jalani ujian saringan COVID-19 selepas Alif Satar sah dijangkiti

Madiha Abdullah 23/11/2020 | 00:12 MYT
Beberapa artis, antaranya Hael Husaini, Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel dan Stacy Anam memuat naik video mereka menjalani swab test. -Foto Instagram
SELEPAS penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar disahkan positif COVID-19, beberapa rakan artis yang dipercayai kontak rapatnya mengambil langkah melakukan ujian saringan.
Dalam kemas kini di akaun Instagram masing-masing, beberapa artis antaranya Hael Husaini, Aina Abdul, Ernie Zakri, Syamel dan Stacy Anam memuat naik video dan berkongsi pengalaman melakukan swab test.
Agak menyentuh hati apabila Alif sendiri turut berada di ruang komen dan sempat meminta maaf kepada rakan-rakannya.
"Maaf bro, baru je kita jumpa. Aku doakan kau dijauhkan dari COVID-19," tulis Alif di ruang komen pada video yang dimuat naik Zyn Akal.
Turut membuat ujian adalah Altimet yang menyifatkan pengalaman tersebut sebagai 'tidak kelakar'.
"Tak kelakar weh. Apapun ni yang ditakdirkan, hadap je lah," tulisnya.