awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
DJ Dave kekal bersemangat menyumbang kepada dunia seni
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramadan lebih indah apabila dirai bersama - Keanu Azman

Amirul Aiman
Amirul Aiman
14/02/2025
04:50 MYT
Ramadan lebih indah apabila dirai bersama - Keanu Azman
KEANU: Tidak salah untuk ada impian peribadi pada Ramadan ini, misalnya hendak khatam al-Quran 30 juzuk, tetapi ia lebih bermakna jika dilakukan bersama. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Ramadan bukan sekadar bulan untuk beribadah secara individu, tetapi juga peluang memperkukuh ukhuwah.
Bagi selebriti Keanu Azman, keindahan Ramadan kali ini lebih bermakna dengan semangat kebersamaan yang dibawakan Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) melalui anjuran Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025.
Keanu, yang ditemu bual Astro AWANI di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini, berkata program ini bertujuan mengajak umat Islam menyambut Ramadan secara bersama.
Menurutnya, Islam menekankan ukhuwah dan silaturrahim, maka ibadah lebih bermakna jika dilakukan secara berjemaah dan bukan bersendirian.
Tambahnya, program ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga menggalakkan aktiviti bersama seperti memasak, mengaji al-Quran dan berinteraksi.
“Lebih istimewa, lokasi jelajah ini adalah di masjid-masjid. Jadi, kita boleh terus berjemaah dan meraih pahala,” katanya.
Menurut Keanu, Ramadan lebih indah jika diraikan bersama-sama.
“Tidak salah untuk ada impian peribadi, misalnya hendak khatam al-Quran 30 juzuk, tetapi ia lebih bermakna jika dilakukan bersama.
“Itulah keunikan program ini,” jelasnya.
Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 yang dianjurkan Astro membawa semangat Ramadan ke seluruh negara.
Bertemakan 'Meriah Lain Macam' bagi edisi tahun ini, program berkenaan menyasarkan pelbagai lapisan masyarakat untuk mengimarahkan dan menghidupkan suasana meriah di masjid selain mempopularkan tempat suci umat Islam itu sebagai pusat komuniti.
Pengunjung juga boleh mengambil peluang bertemu barisan selebriti terkenal seperti Zizan Razak, Qasrina Karim, Fitri Farok, Jay Iskandar, Razin Qidran, Azri Safix, Jay Iskandar, Aiman Ameer dan Keanu sendiri.
Ia juga turut disertai para asatizah menerusi rakaman program Tazkirah Malam Jumaat atau TMJ Kelantan bersama Amin Idris, Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustazah Asmak Husin dan Ustazah Isfadiah.
Topic Berkaitan
#Ramadan
#Keanu Azman
#Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025
#Masjid Al-Sultan Ismail Petra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan