awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Rambut perang, kulit macam mat salih' - Peminat teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal

Gempak
Gempak
27/07/2022
02:55 MYT
'Rambut perang, kulit macam mat salih' - Peminat teruja Neelofa hampir dedah wajah Bilal
Neelofa hampir mendedahkan wajah penuh anaknya Muhammad Bilal dalam sebuah video. -Gempak/Instagram
SELEBRITI popular, Nor Neelofa hampir mendedahkan wajah penuh anaknya Muhammad Bilal dalam sebuah video.
Video yang dimuat naik ke Instagram (IG) Stories miliknya itu telah menjadi tumpuan selepas pemilik akaun peminatnya @lofa.world memuat naik kembali ke akaun IG mereka.
Dalam video itu, Bilal sedang menepuk meja dengan kedua-dua tangannya selepas dipercayai diberi makan.
“First finger food! Habis dia penyek dengan tangan sado dia,” tulis isteri kepada PU Riz dalam video itu.
Menerusi video itu Neelofa hanya menutup wajah Bilal dengan gambar ‘sticker’ IG kecil tetapi dalam masa yang sama mendedahkan wajah anaknya lebih banyak dari biasa yang dikongsikan.
Dalam pada itu juga dalam video berkenaan jelas menampakkan rambut lembut bayinya berwarna keperangan.
Rata-rata mula memuji wajah Bilal yang dibayangkan seorang anak lelaki kacak.
“Nampak sipi-sipi pun dah handsome,” puji salah seorang pengikutnya.
“Rambut pun perang comel sangat,” kata salah seorang warga maya.
“Kulit macam mat salih,” komen salah seorang netizen.
Dengan video terbaharu itu, rata-rata turut mengatakan Neelofa seperti sudah tidak sabar menunjukkan wajah anak lelakinya.
“Macam Jayden masa kecil nampak dari tepi,” kata salah seorang warga net.
“Neelofa tak sabar nak tunjuk sebenarnya,” komen salah seorang pengikutnya.
“Tak lama lagi penampakan Bilal akan muncul,” syak salah seorang netizen.
Terdahulu, Neelofa dan PU Riz menyatakan pendirian mereka untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka sehingga tiba waktu yang sesuai. -Gempak
View this post on Instagram
A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)
Topic Berkaitan
#Neelofa
#Muhammad Bilal
#PU Riz
#macam mat salih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan