Rani Mukerji ‘beku’ saat penggambaran bersama Shah Rukh Khan, perlu diusung ke kereta

Media Hiburan
Januari 3, 2024 07:44 MYT
Kejadian itu berlaku saat penggambaran video lagu Tumhi Dekho Naa untuk dimuatkan dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna lakonannya bersama Shah Rukh Khan pada 2005. -Media Hiburan
PELAKON terkenal Bollywood, Rani Mukerji baru-baru ini berkongsi satu fakta dan momen yang cukup melucukan pernah dihadapinya saat menjalani proses penggambaran.
Dalam satu temu bual Galatta Plus Mega Pan India Roundtable 2023 bersama rakan-rakan selebriti yang lain, pelakon berusia 45 tahun itu berkongsi dia pernah diusung ke dalam kereta kerana tidak mampu bergerak.
Kejadian itu berlaku saat penggambaran video lagu Tumhi Dekho Naa untuk dimuatkan dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna lakonannya bersama Shah Rukh Khan pada 2005.
“Saya memakai sari merah dalam lagu itu, dan saya sebenarnya terkaku. Saya tidak boleh berjalan.
"Dan salah seorang sepupu saya yang juga penolong pengarah, Ayan Mukerji, dia terpaksa usung saya ke kereta, kerana saya jadi beku,” ujarnya.
Hal itu terjadi kerana mereka perlu melakukan penggambaran ketika suhu di luar adalah -14 darjah Celsius tetapi Rani hanya mengenakan helaian sari nipis agar selari dengan konsep filem yang diketengahkan.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, jika penonton benar-benar mengamati babak ketika lagu tersebut dimainkan dalam filem itu, bibirnya seolah-olah tidak bergerak saat melakukan lip-sync. -Media Hiburan
#Shah Rukh Khan #Kabhi Alvida Naa Kehna #Tumhi Dekho Naa #Rani Mukerji beku