ENTERTAINMENT

Rasa macam mimpi! - Raqib umum Tasha Manshahar hamil

Gempak 13/12/2018 | 00:15 MYT
Raqib dan Tasha telah mendirikan rumah tangga pada 8 September, 2018. Astro GEMPAK
SELEPAS mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu, penyampai radio Zayan, Raqib Majid mengumumkan isterinya Tasha Manshahar kini hamil.
Raqib mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram peribadinya.
Penyanyi nasyid itu juga memberitahu ia bagai mimpi apabila mendapat tahu dalam rahim isterinya kini mengandungi zuriat mereka.
“SUBHANALLAH. Segala puji bagi ALLAH, Ada 'Raqsha Junior' dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi,” tulisnya
Raqib turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat serta pengikutnya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

SUBHANALLAH. Segala puji bagi ALLAH, Ada 'Raqsha Junior' dalam rahim isteri saya. Rasa macam mimpi

#hamil #penyampai radio #penyanyi #penyanyi nasyid #Raqib Majid #Raqsha Junior #Tasha Manshahar