HIBURAN
Rebooz Hydrogen Technology pemenang minggu ketiga Innovathon 3
Program inovasi terkemuka Asia, Innovathon Musim Ke-3, menyaksikan pasukan Rebooz Hydrogen Technology diumumkan sebagai pemenang minggu ketiga dengan idea bateri pintar berasaskan hidrogen.
KUALA LUMPUR: Program inovasi terkemuka Asia, Innovathon Musim Ke-3, menyaksikan pasukan Rebooz Hydrogen Technology diumumkan sebagai pemenang minggu ketiga dengan idea bateri pintar berasaskan hidrogen.
Teknologi ini menggunakan hidrogen yang dihasilkan daripada air untuk meningkatkan proses pembakaran petrol atau diesel, menjadikan enjin lebih bersih, cekap dan menjimatkan bahan api.
Proses asasnya bermula dengan air yang ditukar menjadi gas hidrogen menggunakan tenaga elektrik sebelum disalurkan ke ruang pembakaran enjin bersama bahan api sedia ada.
Hasilnya, pembakaran lebih lengkap, penggunaan minyak lebih efisien dan pengeluaran asap berbahaya dapat dikurangkan.
Inovasi ini juga menyokong misi karbon sifar 2030 dan telah dipersembahkan kepada organisasi utama seperti PETRONAS, UMW dan MOSTI.
INNOVATHON 3 minggu ketiga ini dijurikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Chang Lih Kang; Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron; Ketua Saintis dan Pengasas Bersama Qarbotech, Prof. Dr. Suraya Abdul Rashid; Pakar Inovasi Korporat, Ganesh Mahendranathan serta Erra Fazira selaku juri selebriti.
Selain itu, pelakon, Amelia Henderson dan Awal Ashaari diberi tanggungjawab sebagai hos bagi rancangan manakala Ceddy Ang selaku hos kapsul.
Pengacara tersohor negara, Datuk Aznil Nawawi pula berperanan sebagai Mentor INNOVATHON yang membimbing dan memberi motivasi kepada para peserta.
Program TV inovasi terbaik Asia, INNOVATHON dengan kerjasama Astro dan Kementerian Ekonomi dan MOSTI ini menyaksikan skala yang lebih besar dan penyertaan dua kali ganda tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Saksikan pelbagai idea dan ciptaan inovatif kreatif ini setiap Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase dan strim di Astro GO serta sooka