awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Red Ranger' mengaku salah tikam rakan serumah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/03/2017
06:49 MYT
'Red Ranger' mengaku salah tikam rakan serumah
Medina (tengah) terlepas hukuman mati kerana mengaku salah. Gambar FOX Kids / Saban
PELAKON yang terkenal dengan watak Red Ranger dalam siri televisyen kanak-kanak, Power Rangers Wild Force, Ricardo Medina, mengaku bersalah menikam rakan sebilik sehingga mati.
Dalam perbicaraan yang berlangsung pada Khamis, Medina, 38, mengaku berbuat demikian di kediaman mereka di Green Valley, Los Angeles, menggunakan sebilah pedang.
Insiden itu berlaku pada Januari tahun lalu, selepas kedua-duanya terbabit dalam satu pergaduhan.
Portal LA Times melaporkan, Medina dikenakan hukuman enam tahun penjara dan tarikh hukuman bermula 30 Mac ini.
Medina terlepas hukuman mati kerana mengaku salah, kata peguamnya, Stanley Friedman.
Medina sebelum ini memegang watak Red Ranger dalam siri TV itu pada 2002 sehingga 2003, sebelum muncul kembali untuk memegang watak penjahat dalam siri Power Rangers Samurai pada tahun 2011.
Topic Berkaitan
#bunuh
#Hukuman
#Power Rangers
#Ricardo Medina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan