Rehat sebentar dari politik Malaysia, hiburkan diri dengan Bruno Mars

Dania Zainuddin
Mei 9, 2018 13:53 MYT
Bruno Mars melangsungkan konsert ketika Malaysia sedang dalam kehangatan PRU14. - Gambar fail
Ketika rakyat Malaysia sedang rancak berbual tentang keputusan Pilihan Raya Umum ke-14, yang bakal diumumkan pada malam ini, penyanyi Bruno Mars menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil dalam sebahagian jelajah 24K Magic World Tour.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu hit Versace on the Floor dan That’s What I Like itu dalam siri jelajah konsert di beberapa negara lain, termasuk Jepun, Singapura, Thailand dan Filipina.
Rata-rata peminat Bruno Mars yang berada di konsert itu teruja sambil menghiburkan diri selepas mengundi hari ini.

Rehat sebentar dari politik Malaysia. #24KMagicWorldTourKL pic.twitter.com/uZ46lcdulf

— Saiful (@AdliAbdullah) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dah penat beratur mengundi, malam ni layan konsert Bruno Mars pulak. Esok pulak baru pikir pasal Malaysia. Kan syok camtu.

— Zaki Rahman (@ZakiRhman) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, di Twitter ada yang memberi gambaran kemungkinan ramai rakyat Malaysia di konsert itu yang akan lebih memberi tumpuan terhadap keputusan PRU14.

I pity bruno mars la, no one gonna be paying attention during the concert. All eyes are gonna be on their phones for election updates

— Lord Of Cinder (@hiranyahahaha) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

People at Bruno Marsconcert later checking for #GE14 updates pic.twitter.com/4Ps7qDj6Ef

— not typical. (@JustinTWJ) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang sempat bertanya jika mungkin Bruno Mars akan mengumumkan keputusan PRU14 ini.

@BrunoMars hi! Welcome to Malaysia! Will you announce who won #GE14 to the crowd? They'll be dying to know - thanks!

— soph;myra (@sophoooom) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

I wonder if @BrunoMars will announce the election results during his concert tonight.#GE14 #24KMagicWorldTourKL

— Lizzam (@mrlizzam) May 9, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ini bukan kali pertama konsert melibatkan artis antarabangsa di Kuala Lumpur sewaktu proses pilihan raya berlangsung.
Sebelum ini pada PRU13, penyanyi classical terkenal dari Itali Andrea Bocceli pernah mengadakan konsert sulungnya di Malaysia tanggal 5 Mei 2013.
Sebelum ini, tiket konsert persembahan Bruno Mars kali ini sudah terjual seperti pisang goreng panas beberapa jam selepas pengumuman dibuat pada tahun lalu.
#Bruno Mars #concert #election #GE14 #Kuala Lumpur #pilihan raya #pilihan raya umum #PRU14 #rakyat Malaysia