HIBURAN

Rekaan router Astro Fibre edisi terhad Didi & Friends perkasa dunia digital si cilik di rumah

Amzar Alif 15/09/2025 | 03:21 MYT
Hawa Rizwana sebagai 'Kakak Kencang', bergambar bersama maskot Didi sambil memperagakan rekaan router WiFi edisi terhad Didi & Friends sempena acara Home of Kids di Pavilion Bukit Jalil. - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Bayangkan maskot kegemaran si kecil seperti Didi, Nana dan Jojo bukan sahaja menghiburkan di kaca televisyen, malah kini hadir di ruang tamu anda dalam bentuk router WiFi edisi terhad Didi & Friends, hasil kolaborasi antara Astro Fibre dan siri animasi popular itu.

Gabungan dunia digital dan animasi ini mencetuskan keterujaan luar biasa di acara Home of Kids di Pavilion Exhibition Centre, Bukit Jalil yang berlangsung dari 12 hingga 15 September 2025, dengan ribuan keluarga membanjiri ruang acara untuk bertemu dengan maskot kegemaran, menyanyi di konsert mini dan mencuba sendiri kehebatan produk terbaru Astro ini.

Menurut Duta Astro Fibre, Hawa Rizwana, yang lebih dikenali sebagai Kakak Kencang, kehadiran karakter Didi & Friends pada rekaan router telah mencetuskan keterujaan luar biasa dalam kalangan kanak-kanak.

“Sebelum ini kita ada lagu WiFi Kencang Tak Sangkut-Sangkut yang menjadi nyanyian anak-anak kecil dan kali ini ada pula router comel dengan karakter Didi & Friends memang buatkan anak-anak teruja. Ramai yang terus cakap pada mak ayah, ‘Saya nak router ni!’,” katanya.

Tambahnya, keunikan produk ini turut disokong oleh aplikasi Astro Fibre, membolehkan ibu bapa memantau penggunaan internet anak-anak, berkongsi WiFi dengan mudah melalui kod QR dan memastikan sambungan yang stabil sepanjang hari.

Router WiFi edisi terhad ini turut dilengkapi dengan kelajuan sehingga 500Mbps, ditawarkan pada harga hanya RM90 sebulan untuk pelanggan Astro atau melalui pelan bundle Astro Fibre bagi pelanggan baharu.

xxx


Kempen ini turut memperkenalkan segmen baharu Didi & Friends Storytime di Astro Ceria, yang membawakan semula kisah rakyat klasik seperti Arnab dan Kura-Kura serta Sang Kancil dan Buaya dengan pendekatan animasi moden dan mesej moral yang lebih mudah difahami generasi kini.

Jelas Hawa, pendekatan interaktif ini bukan sahaja menyeronokkan malah mendidik anak-anak kecil ini.

“Ada banyak cerita klasik yang kita bawakan semula tetapi dengan gaya yang lebih seronok dan visual interaktif. Budak-budak suka, ibu bapa pun boleh belajar sama-sama,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong, berkata kempen ini membuktikan pendekatan holistik syarikat dalam membina ekosistem digital keluarga yang lebih tersusun dan menyeluruh.

“Kami mahu setiap ahli keluarga, tak kira yang menonton di TV besar, tablet atau telefon pintar dapat menikmati kandungan dan sambungan internet tanpa gangguan. Inilah makna sebenar kempen WiFi Kencang kami,” katanya.

xxx


Lebih daripada sekadar acara promosi, Home of Kids menampilkan lebih 20 jenama dan saluran hiburan termasuk Astro Ceria, Nickelodeon, Disney+ Hotstar dan banyak lagi.

Aktiviti seperti konsert mini Didi & Friends, bengkel kreatif, sesi bergambar dengan maskot kegemaran dan zon permainan bertema menjadikan hujung minggu ini pengalaman yang menyeronokkan buat seisi keluarga.

Router edisi terhad Didi & Friends kini boleh didapati di Home of Kids, Astro Experience Store, kiosk premium Astro serta Astro Exclusive Partners selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut dan langganan, layari https://astro.com.my/fibre.



#Hawa Rizwana #Home of Kids #Astro Fibre edisi Didi & Friends #Pavilion Bukit Jalil #WiFi Kencang