Resume Yuna bertambah lagi, kini umum sertai Wilhelmina Models pula!

Asyraf Roslan
September 17, 2019 05:09 MYT
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai telah mengumumkan bahawa dia sudah bernaung bawah agensi peragaan terkenal iaitu Wilhelmina Models - Gambar Instagram Yuna
SEAKAN tiada penghujungnya perjalanan seni penyanyi Yuna selepas pelbagai kejayaan yang dicatatkan beliau di arena antarabangsa selain membanggakan rakyat Malaysia!
Penghijrahan beliau ke industri muzik Amerika Syarikat antara pencapaian terbesar anak kelahiran Alor Setar, Kedah.
Terbaharu pencapaian Yuna bertambah satu lagi, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zarai telah mengumumkan bahawa dia sudah bernaung bawah agensi peragaan terkenal antarabangsa iaitu Wilhelmina Models .
Yuna berkongsi berita gembira tersebut bersama dengan peminatnya di laman Instagram pada Isnin.
BACA: Bangga! Album Yuna terpapar dalam poster iklan Apple...
BACA: 'From KL to the world': Wajah Yuna bercucuk sanggul sebesar-besarnya di Times Square, New York!
Berita gembira itu sudah menular di media sosial dan menjadi trending di laman Twitter.
Peminat dan teman rapat turut mengucapkan tahniah kepadanya atas pencapaiannya itu.
Ini antara ucapan tahniah yang diterima Yuna di akaun Instagramnya.
Antara selebriti yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Nicki Minaj, Shawn Mendes dan penerbit muzik, Kygo.
#Kygo #Nicki Minaj #Shawn Mendes #Wilhelmina Models #Yuna