[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
HIBURAN

Rihanna nafi ambil dadah kokain

Shamil Hizamie 16/04/2015 | 09:36 MYT
Sebuah video menampilkan Rihanna terlibat dengan penyalahgunaan dadah dimuat naik ke laman Vine pada 14 April lalu. - Gambar Fail
Sebuah video menampilkan penyanyi popular, Rihanna yang didakwa terlibat dengan penyalahgunaan dadah dimuat naik ke laman Vine pada 14 April lalu.

Rakaman amatur selama 15 saat itu memaparkan Rihanna bersama beberapa rakannya berada dalam sebuah bilik tertutup. Dua rakan penyanyi yang popular dengan lagu 'Diamonds' itu sedang sibuk menari manakala seorang lagi individu merakam perbuatan tersebut.

Penyanyi berusia 27 tahun itu dikatakan telah mengelap hidung selepas menghidu kokain malah dilihat menggulung sepuntung rokok.

Memetik laporan US Weekly, Rihanna menafikan dirinya melakukan perbuatan tersebut sambil menyatakan bahawa puntungan itu sebenarnya adalah tembakau.

Penyanyi kelahiran Barbados itu juga menegaskan bahawa perbuatan mengelap hidung tidak semestinya dikaitkan dengan pengambilan dadah kokain.
#Dadah #kokain #Rihanna