HIBURAN
RIM komited pastikan Anugerah Industri Muzik terus dianjurkan setiap tahun
Seramai 130 calon akhir membarisi 26 kategori AIM24 yang akan berlangsung 13 September depan.
KUALA LUMPUR: Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menegaskan komitmennya untuk memastikan Anugerah Industri Muzik (AIM) terus dianjurkan setiap tahun sebagai platform berprestij dalam menghargai bakat dan pencapaian penggiat muzik tempatan.
Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, walaupun penganjuran AIM banyak bergantung kepada dana serta sokongan penaja, pihaknya kekal optimis dengan perkembangan positif industri muzik tanah air.
“Antara cabaran terbesar untuk menganjurkan acara besar seperti AIM ialah dari segi kos kerana acara ini memerlukan perbelanjaan besar. Jadi itu menjadi cabaran RIM sebagai sebuah persatuan untuk mencari penaja bagi menampung kos penganjuran.
“Dengan perkembangan positif pendapatan industri tempatan, tahun ini kita dapat sokongan daripada penaja-penaja seperti Samsung dan Resort World Genting serta penaja strategik yang lain.
“Kami di RIM perlu sentiasa berusaha untuk mendapatkan penaja agar AIM dapat dianjurkan setiap tahun dan sememangnya itulah perancangan kami,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman senarai calon akhir AIM ke 24 (AIM24) di ibu negara, pada Khamis.
Bagi Ketua Juri AIM24, Datuk Mokhzani Ismail, beliau melihat penganjuran AIM boleh dilakukan sekurang-kurangnya setiap dua tahun bagi menyelesaikan isu kos dan dana, selain akan memberi ruang untuk lebih banyak pencalonan diterima.
“Kalau nak buat setiap tahun mungkin akan melibatkan dana yang tinggi. Lagipun, kalau buat dua tahun sekali, kita akan dapat lebih banyak (pencalonan) naskah lagu-lagu atau penyanyi baharu kerana tempoh setahun terlalu singkat.
“Bagi saya, AIM adalah acara paling berprestij yang memberi pengiktirafan kepada semua penggiat seni dan saya rasa ia akan terus bertahan sampai bila-bila,” katanya.
Penganjuran AIM24 tahun ini memperlihatkan hampir 700 pencalonan diterima, dengan 130 dipilih membarisi senarai lima calon akhir untuk 26 kategori.
Lebih mengujakan, ganjaran lumayan berjumlah RM700,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Kreatif (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures (MyCV) juga menanti pemenang bagi 11 kategori.
Penyanyi Aina Abdul, Ernie Zakri dan Dayang Nurfaizah mendominasi senarai pencalonan AIM24 dengan masing-masing meraih sembilan pencalonan.
Turut menerima pencalonan berganda ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, masing-masing dengan enam pencalonan.
AIM24 dijadual berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 13 September depan.