[TERKINI] Amir Hamzah Jalankan Tugas Menteri Ekonomi Berkuat Kuasa Serta-Merta – RMK13 Jadi Tumpuan | Berita Lanjut di Sini
HIBURAN

River of Exploding Durians terima pujian awal penonton Tokyo

Astro Awani 27/10/2014 | 01:33 MYT
River of Exploding Durians terima pujian awal penonton Tokyo
Filem sulung arahan pengarah Edmund Yeo, River of Exploding Durians menerima pujian ramai setelah tayangan perdana filem itu di Tokyo semalam.
Filem tersebut berjaya disenaraikan dalam kategori pertandingan utama di Festival Filem Antarabangsa Tokyo.
Antara pujian awal yang diterima termasuk dari The Hollywood Reporter yang mengganggap Edmund berjaya menggunakan elemen sinematik untuk menterjemah ideanya.
Memetik The Hollywood Reporter, bahagian terbaik dalam filem tersebut adalah paparan sejarah hitam Asia antaranya gadis Jepun yang dijual sebagai pelacur di Malaysia antara tahun 1860 hingga 1920 serta pertumpahan darah yang berlaku di Universiti Thammasat, Bangkok pada 1976.
Portal The Culture Cave memuji persekitaran Malaysia yang dipaparkan dengan cemerlang menerusi sinematografi yang menekankan shot pada wajah dan tangan setiap watak, simbolik kepada keramahan rakyat Malaysia.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Filem itu dibintangi Zhu Zhi-Ying, Koe Shern, Joey Leong, Daphne Low, Mayjune Tan,Pearlly Chua dan Loo Sheng Yau.
Pencalonan itu merupakan sejarah buat industri perfileman tempatan kerana ia merupakan filem pertama Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam kategori pertandingan utama.
Selain filem arahan Edmund, filem Nova (Terbaik Dari Langit) arahan Nik Amir Mustapha turut bertanding dalam kategori Asian Future di festival yang sama.
Nova yang dibintangi Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Megat Shahrizal, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan Siti Saleha akan ditayangkan esok.
#Edmund Yeo #filem #River of Exploding Durians #Tokyo