ENTERTAINMENT
RM BTS menang artis K-pop kegemaran di Anugerah Muzik Amerika 2025
RM ketua kumpulan K-pop sensasi BTS. - Gambar/ FB Diana Cellular
SEOUL: RM, ketua kumpulan K-pop sensasi BTS merangkul anugerah Artis K-pop Kegemaran di Anugerah Muzik Amerika (AMA) 2025, iaitu satu daripada tiga anugerah muzik utama di Amerika Syarikat.
Ringkasan AI
Anugerah itu disampaikan semasa majlis yang berlangsung di Fontainebleau Las Vegas pada Isnin (waktu tempatan), lapor agensi berita Yonhap memetik laman sesawang rasmi AMA.
Kategori Artis K-pop Kegemaran diperkenalkan pada 2022, dengan BTS memenangi anugerah itu buat kali pertama.
Kemenangan solo RM tahun ini meneruskan legasi kumpulan itu di pentas AMA.
Anggota BLACKPINK, Rose turut dicalonkan dalam kategori Kolaborasi Terbaik menerusi lagu "APT." bersama bintang pop antarabangsa Bruno Mars, namun anugerah itu dimenangi oleh Bruno Mars dan Lady Gaga menerusi lagu "Die With A Smile."
Bintang pop Billie Eilish mendominasi malam itu, memenangi tujuh anugerah termasuk Artis Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik untuk album terbarunya "Hit Me Hard and Soft."
Dilancarkan pada 1974, AMA dianggap sebagai antara anugerah muzik paling berpengaruh di Amerika Syarikat, setaraf dengan Grammy Awards dan Billboard Music Awards.
AMA kembali dianjurkan tahun ini selepas berehat selama tiga tahun, dengan edisi terakhir berlangsung pada 2022.
BTS sebelum ini memenangi anugerah di AMA selama lima tahun berturut-turut dari 2018 hingga 2022.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- RM, ketua kumpulan BTS, memenangi anugerah Artis K-pop Kegemaran di Anugerah Muzik Amerika (AMA) 2025, meneruskan legasi BTS yang pernah menang lima tahun berturut-turut dari 2018 hingga 2022.
- Rose dari BLACKPINK turut dicalonkan dalam kategori Kolaborasi Terbaik, namun anugerah itu dimenangi oleh Bruno Mars dan Lady Gaga.
- Billie Eilish mendominasi AMA 2025 dengan tujuh kemenangan termasuk Artis Terbaik, Album Terbaik dan Lagu Terbaik, dalam edisi pertama AMA selepas berehat sejak 2022.