Rober Downey Jr dapat 50 juta daripada "Iron Man"

Astro Awani
Mei 7, 2013 07:00 MYT
Selain kekayaan daripada francais "Iron Man" Robert Downey Jr juga mendapat bayaran tinggi untuk "The Avengers".
Aktor itu baru sahaja mengesahkan dia memperolehi 50 juta dolar daripada filem box-office itu.
Pada Mei 2012, "The hollywood reporter" telah melaporkan Downey akan memperolehi 50 juta dolar sebagai bonus daripada kejayaan filem tersebut.
Dan Downey Junior telah mengesahkan berita itu kepada majalah "GQ".
Sementara itu, filem "Iron Man 3" yang mula ditayangkan penghujung bulan April sudah mengutip lebih 680 juta dolar setakat ini.
"The Avengers" kini merupakan filem ketiga paling laris sepanjang zaman, dengan kutipan melebihi 1.5 bilion dolar.
#Avengers #Iron Man #rober downey jr