awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol remaja bawah umur, bintang pop Kanada Kris Wu dipenjara 13 tahun

Faida Rahim
Faida Rahim
25/11/2022
13:00 MYT
Rogol remaja bawah umur, bintang pop Kanada Kris Wu dipenjara 13 tahun
Maklumat dari WeChat rasmi mahkamah memaklumkan penyanyi berusia 32 tahun ini turut dijatuhkan hukuman kerana berkumpul untuk aktiviti pergaulan seksual pada Julai 2018.- Gambar/ Reuters
BEIJING: Mahkamah Beijing menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap bintang pop Kanada kelahiran China, Kris Wu atas kesalahan jenayah rogol.
Memetik Reuters, Mahkamah di Daerah Chaoyang Beijing memaklumkan siasatan membuktikan selebriti yang juga dikenali sebagai Wu Yifan melakukan jenayah itu dari November hingga Disember 2020.
Sementara itu, maklumat dari WeChat rasmi mahkamah memaklumkan penyanyi berusia 32 tahun ini turut dijatuhkan hukuman kerana berkumpul untuk aktiviti pergaulan seksual pada Julai 2018.
Difahamkan, penyanyi November Rain ini dijangka akan dihantar pulang meskipun peguam di China berkata pengusiran biasanya berlaku selepas defendan menjalani hukuman mereka.
Dalam pada itu, pegawai dari Kedutaan Kanada di Beijing hadir di hari perbicaraan.
Wu ditahan di Beijing pada 31 Julai tahun lalu selepas seorang pelajar China berusia 18 tahun secara terbuka mendakwa bintang itu mengajaknya dan beberapa remaja lain yang sebahagiannya di bawah umur 18 tahun untuk mengadakan hubungan seks.
Sehingga kini, Kedutaan Kanada tidak memberi sebarang maklum balas kepada pihak media.
Topic Berkaitan
#Kris Wu
#Beijing
#penyanyi pop Kanada
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan