'Rojak' album terakhir Faizal Tahir?

Asyraf Roslan
Julai 26, 2019 00:38 MYT
Album rojak tersebut bakal menjadi album terakhir darinya buat semua peminat - Gambar Instagram Faizal Tahir
Siapa yang tidak mengenali dengan penyanyi, Faizal Tahir yang sering mencipta lagu lain daripada yang lain.
Kebanyakan karyanya sudah semesti akan meninggalkan kesan yang mendalam buat pendengar dan juga peminat setianya.
Terbaharu, menerusi sebuah video yang dimuatnaik di laman Twitter, Faizal Tahir atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 41, mengumumkan bakal tampil dengan album baharu.
Kehidupan rakyat pelbagai kaum dan keunikan bahasa di Malaysia menjadi inspirasi buat penyanyi yang popular dengan lagu Ragaman ini untuk menamakan albumnya sebagai Rojak.
Namun ada sesuatu yang agak mengejutkan peminat setianya di hujung video tesebut.
Menurutnya, Album rojak tersebut bakal menjadi album terakhir darinya buat semua peminat.

Terima kasih. My last album ever. #WeRojak pic.twitter.com/jZq1KWu737

— Faizal Tahir (@faizal_tahir) July 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Faizal mula berkecimpung dalam dunia seni suara sejak mengikuti rancangan realiti hiburan
'One in A Million' pada tahun 2006.
#Album #Faizal Tahir #hiburan #Malaysia #Rojak #video