awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronan Keating kembali ke Malaysia Ogos ini, tiket konsert serendah RM158

Gempak
Gempak
24/05/2023
07:10 MYT
Ronan Keating kembali ke Malaysia Ogos ini, tiket konsert serendah RM158
Konsert Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023 anjuran MIC Entertainment Group itu bakal diadakan pada Sabtu, 19 Ogos, pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands. -Gempak
PENYANYI pop Ireland, Ronan Keating yang popular menerusi lagu “When You Say Nothing At All”, bersedia menghiburkan peminat di Malaysia setelah tiga tahun tidak mengadakan persembahan di sini.
Konsert ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ anjuran MIC Entertainment Group itu bakal diadakan pada Sabtu, 19 Ogos, pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands.
Penonton yang hadir pada malam itu akan dihiburkan dengan lagu-lagu nostalgia dendangan Ronan Keating yang masih digemari hingga kini.
Ronan Keating memulakan kariernya pada awal 90-an sebagai penyanyi utama kumpulan Boyzone, salah sebuah kumpulan yang terkenal pada era tersebut.
Lagu-lagu dendangan Boyzone berjaya menguasai carta muzik di peringkat antarabangsa.
Sejak memulakan karier solonya pada 1999, Ronan Keating aktif mengeluarkan lagu baharu dan beliau berjaya menghasilkan 12 album studio sehingga kini.
Antara lagu-lagu kegemaran peminat termasuk “If Tomorrow Never Comes”, “Time After Time”, “Life Is A Rollercoaster” dan “This I Promise You”.
Selain itu, Ronan Keating berjaya menempatkan dirinya sebagai pemuzik Ireland yang berpengaruh ditambah pula peranannya sebagai pengurus bersama untuk kumpulan Westlife yang popular di peringkat global.
Malah album beliau juga berjaya dijual lebih 20 juta rekod di seluruh dunia, ini tidak termasuk 25 juta rekod dengan Boyzone.
Selama bertahun, Ronan Keating berjaya mencipta nama bukan saja sebagai penyanyi dan penulis lirik tetapi juga sebagai penyiar, penyampai TV, pelakon dan turut terlibat dalam kempen amal kesedaran kanser.
Tiket untuk menonton ‘Ronan Keating Concert Live In Malaysia 2023’ berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM238 (PS3) dan RM158 (PS4), boleh dibeli secara dalam talian menerusi Resorts World Genting diwww.rwgenting.com dan ejen jualan tiket BookMyShow di my.bookmyshow.com mulai 30 Mei 2023 jam 12 tengah hari.
Harga jualan tiket adalah tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan info terkini tentang konsert ini, sila layari Facebook rasmi MIC Entertainment Group. -Gempak
Topic Berkaitan
#konsert
#Ronan Keating
#Live In Malaysia 2023
#MIC Entertainment Group
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan