Ronnie Hussein kemalangan, dahi dan pipi koyak

Gempak
Jun 29, 2022 09:58 MYT
Ronnie Hussein memaklumkan dia terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan dahi dan pipinya terkoyak. - Gambar GEMPAK
PENYANYI Ronnie Hussein dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Berita itu dimaklumkan Ronnie menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Hantaran itu juga turut disertakan dengan foto Ronnie sedang duduk di bahu jalan dengan kepalanya yang berlumuran darah.
“Alhamdulillah tak ada yang serius... cuma dahi dan pipi je koyak sikit... enam jahitan.
“Seluar panjang dan baju lengan panjang sangat membantu mengurangkan kecederaan serius... Moga kita semua sentiasa di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT… amin,” maklumnya.
* Artikel asal disiarkan di Gempak
#ronnie hussein #kemalangan #dahi pipi koyak #enam jahitan