PELAKON Rowan Atkinson mendedahkan tidak menggemari watak Mr. Bean yang dimainkannya selama bertahun-tahun.
Atkinson mula memegang watak komedi ikonik itu sejak tahun 90-an, dan sedang menyiapkan filem animasi terbaharunya.
Namun begitu, Atkinson mengakui tidak sabar menantikan era Mr. Bean berakhir.
"Saya tidak suka melakonkan watak itu. Saya tertekan dan ia meletihkan.
"Saya tidak sabar menantikan saat watak itu berakhir," kata Atkinson kepada Radio Times.
Bintang Johnny English itu juga memaklumkan tidak terkejut dengan fenomena yang dicetuskan watak berkenaan.
"Menonton orang dewasa berkelakuan seperti kanak-kanak memang sesuatu yang melucukan.
"Apatah lagi elemen komedinya banyak terletak pada visual dan bahasa tubuh serta tidak begitu memerlukan penggunaan bahasa, jadi ia mudah diterima di peringkat antarabangsa," katanya lagi.
Atkinson memainkan peranan tersebut dalam 15 episod Mr Bean antara tahun 1990 dan 1995, dan kembali memegang watak itu dalam dua filem, Bean dan Mr Bean's Holiday, yang masing-masing ditayangkan pada tahun 1997 dan 2007.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Agensi
Sat Jan 09 2021

Atkinson mula memegang watak komedi ikonik itu sejak era 90an, dan sedang menyiapkan filem animasi terbaharunya. - Foto: www.imdb.com

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

AWANI Ringkas: Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Sarawak | Dua OKU mengengsot selamatkan diri
Dua beradik golongan orang kelainan upaya (OKU) terpaksa mengengsotkan punggung mencapai kerusi roda ketika rumah mereka dinaiki air di Taman Malihah, Kuching pada Selasa.

Sidang media online: Parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian berbanding secara bersemuka seperti yang diamalkan sekarang.

PKP 2.0: Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau lorong tikus
Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas dan sekatan jalan raya bergerak di setiap laluan alternatif atau lorong tikus di sempadan negeri itu bagi memastikan larangan rentas negeri dipatuhi sepenuhnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Gaji dan elaun | Boleh potong tidak perlu usul di Parlimen
Tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk diputuskan, sebaliknya pemotongan gaji atau elaun ahli Dewan Rakyat termasuk menteri-menteri boleh dilakukan mengikut kesedaran sendiri atau secara sukarela bagi membantu rakyat. Demikian pandangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkaitan gaji wakil-wakil rakyat atau elaun mereka dipotong antara 10 sehingga 20 peratus.

Rowan Atkinson dedah tidak gemar watak Mr. Bean
Atkinson mula memegang watak komedi ikonik itu sejak era 90-an, dan sedang menyiapkan filem animasi terbaharunya.

Anak lelaki Mr Bean sertai tentera Gurkha
Leftenan Ben Atkinson menjalani kursus selama 10 minggu dan diajar mengenai budaya tempatan untuk menyertai unit yang unik dalam tentera British tersebut.

Rowan Atkinson buat onar lagi
Rowan Atkinson kembali sebagai perisik British yang cemerkap dalam Johnny English Strikes Again.

Mr.Bean bakal jadi bapa lagi pada usia 62 tahun
Pasangannya, Louise Ford, yang juga seorang pelakon, dilaporkan akan melahirkan bayi mereka dalam beberapa minggu lagi.

Mr Bean, Gillian Anderson bintangi video keselamatan British Airways
Pihak British Airways berharap para penumpang akan menonton video keselamatan ini dari awal hingga akhir.

Video Mr. Bean hiburkan pelajar di Miri tular
Murid Sekolah Kebangsaan Sri Mawar di Miri, Sarawak dikejutkan dengan kehadiran pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.

Mr. Bean dicerai isteri dalam tempoh 65 saat
Laporan beberapa portal media antarabangsa menyebut Sastry sangat kecewa apabila Rowan Atkinson menggantikannya dengan wanita yang jauh lebih muda.

Sambut ulang tahun ke 25, ini 10 fakta Mr.Bean yang anda tidak tahu
Sebelum nama Mr.Bean, nama Mr. Cauliflower dan Mr.White antara yang difikirkan untuk diberikan kepada watak berkenaan.