awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rozita pikul sementara tugas Ketua Pegawai Eksekutif Finas

Bernama
Bernama
15/10/2021
12:39 MYT
Rozita pikul sementara tugas Ketua Pegawai Eksekutif Finas
Finas memaklumkan ia susulan tempoh khidmat Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS berakhir berkuat kuasa hari ini (15 Okt).
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Rozita Waty Ridzuan akan menanggung sementara tugasan Ketua Pegawai Eksekutif Finas berkuat kuasa esok (16 Okt) sehingga jawatan tersebut menerima pelantikan baharu.
FINAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan tempoh khidmat Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas berakhir berkuat kuasa hari ini (15 Okt).
Menurut kenyataan itu, Finas merakamkan penghargaan kepada Ahmad Idham atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang tempoh beliau berkhidmat.
"Sepanjang tempoh kepimpinan Dr Ahmad Idham, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Finas terutamanya bagi memastikan kelangsungan sektor industri kreatif dalam mendepani cabaran penularan pandemik COVID-19 antaranya menerusi Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA), Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP) serta inisiatif kebajikan penggiat industri kreatif," menurut kenyataan itu.
Finas turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Ahmad Idham untuk meneruskan kecemerlangannya dalam bidang yang diceburi.
Pada 9 Sept lepas, Ahmad Idham dilaporkan meletakkan jawatan yang disandangnya buat kali kedua susulan tawaran baharu yang diterima selepas menyertai semula Finas pada 5 Jun 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#Ahmad Idham
#Rozita Waty Ridzuan
#Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan