PELAKON dan usahawan terkenal, Fizo Omar mengakui, dia memerlukan masa untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan rumah tangga dengan isterinya, Mawar Abdul Karim berdepan kemelut ketika ini.
Menurut laporan portal Harian Metro, Fizo memberitahu, dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen berkaitan masalah yang sedang dihadapinya.
"Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini. Berilah saya masa sikit. Bila semua sudah okey barulah saya akan beri kenyataan kepada media.
"Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen. Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti," katanya seperti dilapor portal itu lagi.
Ditanya sama ada dia dan Mawar sudah tidak tinggal sebumbung, Fizo terus mengunci mulut.
Terdahulu, laporan kolum sisipan sebuah akhbar mendakwa, Mawar sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.
Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan ramai apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anaknya.
Spekulasi turut mendakwa pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini, Fizo dilaporkan menyambut lebaran di Kelantan manakala Mawar dan anak mereka, Wan Maryam pulang ke Pulau Pinang.
Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Wan Maryam.
Gempak
Mon Jun 24 2019
Fizo dikhabarkan pulang beraya di Kelantan sendirian sementara Mawar dan anak mereka, Wan Maryam menyambut Aidilfitri di Pulau Pinang.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Rumah tangga berantakan? Ini jawapan Fizo Omar...
Fizo Omar memerlukan masa untuk jelaskan situasi sebenar rumah tangganya dengan Mawar.
Dr Mahathir tekad tidak akan biarkan Malaysia dalam keadaan berantakan
Pemimpin berumur 93 tahun itu berkata memang menjadi hasratnya untuk terus bekerja keras buat negara dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.