[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
ENTERTAINMENT

Rupanya Michelle Yeoh sambut cucu, bukan anak!

Gempak 02/01/2024 | 11:33 MYT
Terdahulu, ramai yang membuat spekulasi mengenai status gambar kaki bayi yang dimuat naik di Instagram Michelle.- Foto Instagram Michelle Yeoh
PELAKON, Tan Sri Michelle Yeoh memberitahu gambar kaki bayi yang dimuat naik sebentar tadi merupakan gambar kaki cucunya.
Pengesahan tersebut dikongsi menerusi Instagram sebentar tadi.
“Terima kasih kesayangan Nicolas dan Darina kerana menjadikan kami atuk dan nenek yang paling bahagia. Welcome baby Maxim,” tulisnya.
Terdahulu, ramai yang membuat spekulasi mengenai status gambar kaki bayi yang dimuat naik di Instagram Michelle.
Ada juga yang meneka ia merupakan gambar kaki cucunya, memandangkan Michelle tidak memberitahu tentang sebarang berita kehamilan selepas mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Jean Todt pada Julai tahun lalu.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak

#Michelle Yeoh #sambut cucu #Jean Todt #bayi #Instagram