KUCHING: Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia atau lebih dikenali sebagai Rainforest World Music Festival (RWMF) 2022 kembali menghimpunkan pencinta muzik dari serata pelusuk dunia di Kampung Budaya Sarawak, Kuching.
Festival tahunan Bumi Kenyalang yang berlangsung selama tiga hari bermula esok sehingga 19 Jun pastinya menjanjikan pengalaman manis dengan pelbagai program serta persembahan artis budaya dari lebih 20 buah negara.
Antara yang bakal memeriahkan acara pembukaan malam pertama RWMF 2022 adalah Kevin Locke dari Amerika Syarikat, Dong Lusheng (China), Joey Ayala (Filipina), ASZA (Kanada) dan Trad Attack (Estonia).
Barisan artis antarabangsa ini turut disertai pengkarya tempatan antaranya Jerry Kamit, Mathew Ngau Jau, Salomon Jau, Alena Murang serta gadis cilik berusia 11 tahun, Nikita Sarna.
Selain persembahan pentas, edisi penganjuran RWMF ke-25 kali ini turut padat dengan bengkel, pameran serta aktiviti jualan seperti produk kraftangan, makanan budaya dan bermacam lagi.
Dalam tinjauan Astro AWANI di Kampung Budaya pada Khamis, persiapan akhir sedang giat dijalankan termasuk memperkemaskan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan festival tiga hari itu berjalan lancar.
Khemah-khemah, pemeriksaan teknikal, laluan-laluan khas serta kelancaran trafik juga dipastikan terjaga sepanjang penganjurannya.
Bagi yang ingin mendapatkan tiket di saat-saat akhir, boleh layari rwmf.net untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Astro AWANI berada di lokasi untuk membawakan pelbagai cerita menarik yang boleh dikongsikan sepanjang festival berlangsung.
Astro Awani
Thu Jun 16 2022

Persiapan akhir sedang giat dijalankan termasuk memperkemaskan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan festival tiga hari itu berjalan lancar. - Gambar/ Astro AWANI

'Tak sabar nak jumpa cinta hati' - Daiyan Trisha sekali lagi tunai umrah di bulan Ramadan
Daiyan bersyukur kerana dijemput untuk kali kedua menunaikan ibadah berkenaan.

Pasca lawatan Perdana Menteri ke China
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan.

Lawatan PM Anwar ke China beri manfaat besar
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China berakhir pada Sabtu. Dengan hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia dan China, hasil lawatan berkenaan dilihat optimis dan positif. Sesi meja bulat pertemuan empat mata dengan pelbagai pihak termasuk Presiden China Xi Jinping nyata membuahkan hasil dalam aspek pelaburan dan perdagangan. Ikut laporan disediakan Hasimi Muhamad, dari Beijing.

Mohd Shuhaily akan dilantik Ketua Polis Kuala Lumpur
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dilantik sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu.

Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.

BNM terus berhubung dengan pihak berkepentingan kemudi peralihan ekonomi bebas karbon
Ia merangkumi penyertaan dalam platform antarabangsa seperti Rangkaian Untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS) dan membina keupayaan bagi menganalisis kesan risiko iklim untuk bertindak lebih awal.

45 peniaga kena kompaun serta-merta
Seramai 45 peniaga di dua daerah iaitu Temerloh dan Maran dikenakan tindakan kompaun serta-merta melibatkan hasil kutipan RM7,900.

Pemuda Pas Kelantan gesa semak semula cukai cecair vape
Pihaknya khuatir perkara tersebut akan memberi kesan langsung kepada anak-anak muda terutama melibatkan soal kesihatan dan moral untuk tempoh jangka panjang.

AWANI Ringkas: Pengurusan visa dan frekuensi penerbangan dipermudahkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Indonesia periksa 'hot spot' pemerdagangan manusia
Modus operandi penyeludup tidak berperikemanusiaan kerana membawa pekerja migran Indonesia secara haram dan dijadikan hamba.

Kes bunuh pekerja ladang: Dua suspek ditangkap di sempadan Indonesia
Polis Sarawak turut rampas sebatang senjata yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa.

14 produk kraf tangan warisan bakal diketengahkan di London Craft Week
Sebanyak 14 produk kraf warisan tempatan yang dihasilkan pelbagai etnik akan ditampilkan pada Minggu Kraf London (LCW) yang berlangsung dari 6 hingga 14 Mei ini.

Idea kasino di Borneo Highlands, Kuching kontroversial tapi berani - Larry Sng
Idea pembukaan kasino di Borneo Highlands, Kuching boleh membantu memacu pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak.

Bazar Ramadan di Sabah, Sarawak kembali meriah
Bazar Ramadan yang diadakan saban tahun sentiasa menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi mendapatkan juadah berbuka puasa dan kemeriahannya kembali dirasai termasuk di Sabah dan Sarawak, hari ini.

Filem P. Ramlee bawa pengajaran rentas zaman
Filem seniman agung tanah air itu yang berjudul Anakku Sazali menjadi filem pilihan program yang diadakan di Auditorium Finas Sarawak.

Pastikan pertahanan perairan Sabah dan Sarawak ditingkatkan - ADUN Bongawan
Kerajaan Pusat perlu memastikan usaha meningkatkan pertahanan di perairan Sabah dan Sarawak direalisasikan bagi menjamin kedaulatan negara.

Kongres Nasional PKR: Wakil Sarawak mahu NCR dimasuk dalam GLC
Kerajaan Perpaduan disaran mengiktiraf NCR dengan menyenaraikan ia dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti sektor perladangan kelapa sawit.

Hujan lebat lebih 2 jam, beberapa kawasan di Kuching dilanda banjir kilat
Beberapa kawasan di sekitar Bandaraya Kuching dan Siburan mengalami banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam bermula jam 6 pagi tadi.

Sarawak perkukuh hubungan dengan UNWTO, jadi destinasi lestari terkenal
Sarawak juga mensasarkan Pentauliahan Indeks Kelestarian Destinasi Global (Global Destination Sustainable Index).

Sarawak dipilih secara rasmi tuan rumah Sukma 2024, giliran Kelantan 2028
Sarawak secara rasmi dipilih sebagai tuan rumah temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 sekali gus bakal menganjurkan temasya sukan terbesar negara itu buat kali ketiga.