Sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak, Astro buat julung kali mengangkat tema 'Meriah Bersama'.
Sebagai tanda penghargaan buat penonton setia Astro, satu saluran khas iaitu 'Ramadan HD' melalui saluran 122 boleh dinikmati secara percuma kepada semua pelanggan Astro mulai 12 Mei ini.
Menurut Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, saluran khas ini bakal menyajikan pilihan program Ramadan dan Raya yang telah disusun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza.
Ia akan diteruskan sehingga musim perayaan menerusi saluran 'Raya HD' dari 14 Jun hingga 15 Julai ini.
"Ramadan tahun ini, kita hendak menyuntik isi kandungan rancangan yang lebih memberikan inspirasi kepada penonton.
"Bukan mudah untuk menyediakan sesuatu yang positif, tetapi ia adalah tanggungjawab kami sebagai penyiar untuk menyajikan program yang mempunyai mesej positif.
"Justeru, melalui program untuk bulan Ramadan ini, kami berharap penonton bukan sahaja dapat berhibur tetapi mempelajari sesuatu yang postif juga," katanya selepas pelancaran kempen 'Meriah Bersama Ramadan dan Raya 2018' di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), di ibu negara, hari ini.
Dalam pada itu, menurut Penolong Naib Presiden Kumpulan Pemasaran Astro, Shahrin Zukir, tema 'Meriah Bersama' diangkat bertujuan untuk menyemai konsep kebersamaan dan kegirangan.
"Menerusi tema ini, kami ingin meraikan pelanggan kami yang telah bersama Astro lebih 20 tahun. Tema ini juga bersesuaian dengan konsep Raya yang membawa semangat kebersamaan sesama insan.
"Ia juga akan memupuk suasana yang lebih meriah dan harmoni sepanjang bulan Ramadan dan musim Raya tahun ini," ujarnya.
Sebanyak 38 program menarik disediakan buat penonton termasuk 'Legasi Luar Biasa', 'Trek Muslim', 'Diari Ramadan Neelofa' dan 'Sepahtu Reunion Al Puasa'.
Astro terus komited dalam usaha jangka panjang memberikan kandungan yang lebih berkualiti kepada penonton menerusi pendekatan 360 darjah iaitu tonton, dengar dan baca menerusi platform digtial.
Penonton boleh melayari pusat sehenti maya, www.meriahbersama.com.my untuk menonton dan mendapatkan informasi terkini mengenai program Astro sepanjang bulan Ramadan dan Raya ini.
Nursyazwani Saiful Sham
Wed May 02 2018
Antara yang turut hadir majlis pelancaran kempen 'Meriah Bersama Ramadan dan Raya 2018' ialah Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad dan barisan artis. - Astro AWANI/Siti Nursyazwani
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai dari 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
ZAYAN raih anugerah Sahabat Dakwah di Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024
ZAYAN dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sahabat Dakwah pada Majlis Anugerah Pendakwah Negara 2024 di Putrajaya.
Astro lancar kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai penghargaan buat pelanggan setia
Astro, peneraju hiburan terkemuka di Malaysia, hari ini melancarkan kempen terbesar baharu Astros Big Thank You sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Ananda Krishnan, hartawan bijak, 'cap jari' di serata sudut
To make money, you have to find tomorrow's business, make tomorrow's money. Itu pegangan taikun perniagaan Ananda Krishnan yang dikenali sebagai seorang hartawan self-made yang tersohor.
Astro raih RM75,000 ganti rugi berkanun pertama untuk pelanggaran hak cipta
Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat Astro Malaysia Holdings Berhad, mencatat sejarah dengan menerima ganti rugi berkanun pertama.
Astro S+V bantu kandungan video capai standard antarabangsa
Astro SoundVision merupakan satu-satunya penyedia fasiliti perkhidmatan Dolby Atmos bersepadu di Malaysia untuk pawagam, penyiaran, dan penstriman berteknologi tinggi.
Persembahan penuh emosi, Sarkas juara Muzikal Lawak Superstar 4, bawa pulang RM150,000
Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic, yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan, mendapat markah tertinggi.
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.