HIBURAN
Sama cantik, sama padan, Isha Norsham sah bergelar isteri kepada anak VVIP
Pengacara Gempak Most Wanted (GMW) itu memilih tema putih dan busana rekaan Farrarahim Attelier untuk majlis akad nikahnya. - Astro AWANI
PENGACARA dan penyampai radio Era, Isha Norsham selamat bergelar isteri kepada Azman Azeez dengan sekali lafaz di Hyatt Place Bukit Jalil, pada Jumaat.
Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Norsham Aziz dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
Isha atau nama sebenarnya Nurul Farisha Norsham, 29, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas daripada pihak lelaki.
Pengacara Gempak Most Wanted (GMW) itu memilih tema putih dan busana rekaan Farrarahim Attelier untuk majlis akad nikahnya.
Malah serta tetamu yang hadir turut mengenakan pakaian rona putih sempena majlis pernikahan
Terdahulu, Isha Norsham selamat mengikat tali pertunangan dengan Azman dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pada 3 Mei 2025.