PESERTA Miss Universe 2017, Samantha Katie James akui gementar saat digandingkan dengan aktor Fattah Amin di dalam filem televisyen (FTV), Wanita Terindah.
Sebagai pelakon baharu Samantha, 22, yang tular dengan gaun Nasi Lemak Daun Pisang itu berkata dia bertuah dapat berlakon dengan pelakon berbakat seperti Fattah.
"Pada mulanya agak gementar juga bila digandingkan dengan Fattah sebagai kekasihnya di dalam Wanita Terindah ini.
"Cara dia berlakon sangat hebat dan santai berbanding saya yang baharu dalam industri ini.
"Pun begitu, Fattah sangat membantu dan saya seronok diberi peluang untuk berlakon dalam FTV ini.
"Sebenarnya saya tidak fasih berbahasa Melayu tetapi saya cabar diri saya untuk melakonkannya dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.
Meskipun lakonan merupakan bidang baharu, namun Samantha berharap dapat bergiat aktif sebagai pelakon dan menyasarkan untuk mengembangkan karier lakonan di Hollywood.
"Wanita Terindah sebenarnya filem ketiga lakonan saya selepas filem Indonesia, Kastil Tua dan sebuah filem berbahasa Mandarin untuk pasaran negara China.
"Saya suka cuba sesuatu yang baharu dan pengalaman berlakon dalam FTV ini adalah pengalaman yang baik untuk saya kembangkan lagi bakat dan nama saya," katanya lagi.
Selain Samantha dan Fattah, Wanita Terindah turut membariskan pelakon seperti Fazura, Sarah Hildebrand, Liza Othman, Adam Mika dan Ridzuan Hashim.
Wanita Terindah merupakan supertelefilem yang ditayangkan menerusi saluran Astro First Eksklusif (saluran 480) sejak 2 November lalu.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Gempak
Fri Nov 10 2017

Samantha Katie James akui gementar saat digandingkan dengan aktor Fattah Amin di dalam filem televisyen (FTV), Wanita Terindah.

Empat staf perubatan disyaki terima rasuah tawar kerja urus mayat
Tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 30-an hingga 50-an itu didakwa menerima suapan tersebut kira-kira RM100 hingga RM600.

Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

"Harap ia bawa ketenangan" - Fattah Amin lancar 5 Zikir
Fattah Amin melancarkan lima lagu zikir eksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan yang boleh didapati menerusi aplikasi Mukmin Pro.

Isu pecah amanah dan dikhianati, Fazura terima pengajaran
"Tidak boleh percaya dengan sesiapa walaupun yang rapat dengan saya."

Fazura terima potret keluarga kurniaan Sultan Selangor, Tengku Permasuri
Fazura sifatkan kurniaan hadiah tersebut sebagai sebuah kenangan yang bermakna dan akan diabadikan dalam hidupnya.

Fazura buat laporan polis isu pecah amanah
Sampai masanya nanti, Fazura akan berkongsi butiran laporan polis yang dibuatnya.

Fazura manis berhijab, itulah doa Fattah Amin untuk isteri
Pelakon Fazura yang juga ibu kepada cahaya mata comel, Nur Fatima Aisya semakin manis berhijab.

Nur Fatima Aisya nama pilihan buat cahaya mata Fazura, Fattah
Rata-rata memuji nama bayi pasangan tersebut, selain mendoakan kesihatan mereka.

Fazura, Fattah Amin dikurniakan cahaya mata perempuan
Tiada apa yang membahagiakan Fazura dan Fattah selain dikurniakan bayi sulung yang sihat dan sempurna.

Saya Anak Malaysia 2020 teguhkan rasa cinta pada tanah air
Astro melalui platform televisyen dan digitalnya termasuk Astro AWANI akan menyiarkan video berdurasi 6.04 minit itu dan ia telah mula disiarkan pada jam 12.30 tengah hari pada Rabu.

Fazura, Fattah Amin bakal timang cahaya mata
Pelakon filem Dendam Pontianak itu berkongsi berita gemberi itu menerusi kemaskini di laman Instagram, sebentar tadi.

Fattah Amin cedera di set penggambaran
Semoga Fattah segera sembuh