awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan luar jangka, Muse ubah lokasi ke Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Julai ini

Gempak
Gempak
02/06/2023
11:29 MYT
Sambutan luar jangka, Muse ubah lokasi ke Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Julai ini
Muse bakal tampil dalam konsert "Will Of The People World Tour" di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 29 Julai ini. -Gempak
NAMPAKNYA untuk tahun 2023, peminat kugiran hebat dunia tidak akan berhenti ‘berpesta’ apabila banyak band-band terbaik memilih Malaysia sebagai satu-satunya destinasi bertemu penggemar di Asia.
Salah satu band terbaik dunia yang akan memenuhi kerinduan peminat dengan pemilihan Malaysia secara eksklusif dan negara Asia terdekat adalah Muse.
Dijadualkan berlangsung pada 29 Julai ini, band British tersebut sepatutnya bertemu peminat dalam ‘perhimpunan’ konsert terbuka, namun atas sambutan luar jangka ia lokasinya diubah demi memastikan setiap seorang penonton yang hadir pulang dengan segudang memori terbaik dari Muse.
Menerusi kenyataan yang diberikan pihak penganjur iaitu Hello Universe, konsert yang berjudul Muse Will Of The People World Tour akan berlangsung di lokasi ikonik iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil dilihat sangat signifikan dan disifatkan mampu memenuhi piawaian sesebuah konsert bertaraf dunia termasuk kapasiti dengan latar persembahan yang menakjubkan.
Dan bayangkan saat hit mereka seperti Supermassive Black Hole, Starlight, Time Is Running Out dimainkan, dengan sistem bunyi serta latar konsert The Will Of The People World Tour yang terbaik, ia pasti berbaloi.
Dengan pengumuman pertukaran lokasi, pemegang tiket sedia ada akan menerima tiket yang dikemas kini melalui emel dan menggunakan tiket baharu untuk masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sementara itu, tiket untuk zon A, Zon B dan Zon C kekal sama manakala untuk zon D akan diselaraskan dalam zon D dengan harga RM950 (tanpa bayaran di lokasi baharu.)
Tiket yang dikemas kini akan dihantar kepada anda oleh ticket2u dan golive-asia.com.
Tiket sudah mula dijual di www.ticket2u.com.my. - Gempak
Topic Berkaitan
#Muse
#Stadium Nasional Bukit Jalil
#perubahan lokasi konsert
#Supermassive Black Hole
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan