awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sampai masa saya kongsi" - Aizat jawab gosip dilamun cinta

Gempak
Gempak
21/04/2018
05:44 MYT
"Sampai masa saya kongsi" - Aizat jawab gosip dilamun cinta
Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, penyanyi lagu Susun Silang Kata ini dikatakan sedang dilamun cinta namun enggan mendedahkan identiti gadis itu. - Foto Instagram Aizat Amdan
PENYANYI Aizat Amdan mengambil pendekatan mengunci mulut untuk mengulas lanjut dakwaan gosip cinta yang membabitkan dirinya dengan seorang gadis baru-baru ini.
Kata Aizat, 29, dia akan berkongsi kesahihan berita itu sekiranya sampai masanya.
“Rasanya sudah tiba masanya untuk saya berhenti menjawab atau bercerita lagi tentang kehidupan peribadi.
“Saya harap semua pihak memahami keputusan saya ini. Saya tak nak bercakap soal jodoh yang kita sendiri tak tahu apa kesudahannya lagi.
“Insya-Allah saya akan kongsi perkara tersebut bila sudah tiba masanya,” katanya kepada Astro Gempak.
BACA: Surat terbuka Aizat Amdan: 'Saya belum cukup habiskan masa bersama ayah...'
Aizat ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu, Sampai Ke Hari Tua versi original dan dalam bahasa Hindi di Stalker Cafe, Petaling Jaya malam tadi.
Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar tempatan, penyanyi lagu Susun Silang Kata ini dikatakan sedang dilamun cinta namun enggan mendedahkan identiti gadis itu.
Jika masih ingat, lagu Sampai Ke Hari Tua kali pertama pernah didendangkan Aizat pada majlis resepsi pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, baru-baru ini.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
#Aizat amdan
#Bercinta
#gosip cinta
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan