HIBURAN
Santuni lebih 7,000 pelanggan, Khairul Aming terpaksa dapatkan rawatan
Khairul berkata, beliau berada dalam keadaan baik namun dinasihatkan berehat dan banyakkan minum air. - Gambar/ Gempak
PERSONALITI media sosial dan pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming mencetuskan kerisauan orang ramai selepas berkongsi foto dirinya terlantar di sebuah bilik rawatan.
Menerusi perkongsian di Threads, Khairul berkata bahawa tubuhnya mengalami dehidrasi selepas menyantuni pelanggan di restoran sulungnya, pada Rabu.
“Selepas bergambar dengan 7,000 pelanggan, doktor suruh saya minum air banyak-banyak. Dehidrasi,” tulisnya.
Bagaimanapun, Khairul berkata bahawa beliau berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Beliau turut dinasihati untuk rehat secukupnya dan perbanyakkan minum air.
“Tetapi secara keseluruhannya saya okey sahaja, cuma saya kena ada rehat yang cukup. Jangan lupa minum air,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang mereka sambil menasihati usahawan kesayangan ramai itu agar memberi tumpuan lebih pada kesihatan dan tidak terlalu memaksa diri.
“Trimester pertama ni kena jaga betul-betul. Jangan lasak sangat."
“Semoga cepat sembuh KA kesayangan Malaysia."
“KA, rehat ya nak. Health is wealth. Beri ruang pada diri sendiri."
“Khairul Aming rehat sahaja. Awak pun manusia biasa yang perlukan rehat. Jangan paksa diri,” antara komen netizen. - Gempak