HIBURAN
Sarah Kamilla sertai Sinar, serikan RSVP Sinar
Sarah Kamilla kini penyampai rasmi RSVP Sinar, segmen siaran tengah hari yang memperkenalkan gaya interaktif serta kandungan segar untuk menarik pendengar setia Sinar seluruh negara.
KUALA LUMPUR: Stesen radio popular Sinar memperkenalkan penyampai baharu, Sarah Kamilla menerusi pelancaran segmen terbaharu bertajuk RSVP Sinar yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, dari pukul 1 hingga 4 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan stesen berkenaan pada Selasa, pemilihan Sarah bermula secara tidak dijangka apabila beliau memohon kerja sebagai penerbit.
Namun ,latar belakangnya sebagai bekas penyampai radio dan potensi besar dalam bidang penyiaran mendorong pihak stesen menawarkannya peranan sebagai penyampai.
“Sarah membawa warna baharu dalam barisan penyampai kami.
“Beliau tenang, feminin serta bijak mengendalikan emosi dan komunikasi, sesuai dengan pendekatan segmen RSVP Sinar yang lebih interaktif dan dekat di hati pendengar,” kata Pengurus Jenama SINAR, Zureen Affendi.
Sarah yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi dilihat mampu memberikan keunikan berbeza meskipun Sinar telah menampilkan dua penyampai wanita berpengalaman, Dina dan Sharifah Shahirah.
Segmen RSVP Sinar dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu Ya atau Tidak yang membincangkan topik harian bersama pendengar, Piring Hitam Sinar yang menyajikan lagu tanpa henti dan Sinar Foodie yang mengetengahkan tip masakan serta lokasi makan menarik.
Sinar optimis penyertaan Sarah akan memperkukuh jenama stesen itu dan menambah pilihan kepada pendengar setia, khususnya golongan yang mencari hiburan dan informasi dalam gaya penyampaian santai namun segar.