PESERTA Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tauke mengakui akan berkahwin lagi pada 31 Disember dan menjemput semua peminatnya untuk hadir pada majlis tersebut.

Menerusi entri di Instagram (IG), Tauke berkongsi sebuah video bersama isterinya ketika berada dalam sebuah kereta.

"Assalamualaikum, di sini saya ingin maklumkan pada semua sahabat-sahabat bahawa saya akan berkahwin lagi pada 31 Disember.

"Jadi kepada sesiapa yang mengenali dijemput hadir.

"Cuma tahun dengan calonnya masih tiada lagi, jadi semua tunggu la," katanya secara berseloroh kepada isterinya.

Salam geng..bergurau dgn bini ni seronok..coma jgn terlebih sudah ..makan pelempang tangan kidal bini.apapun mintak sahabat2 doakan bini wa selamat bersalin ya..dia dah kat spital toq.. semoga Allah SWT permudahkan segala urusan.... #toq #toqorganization #taukejambu #orangkacaktakpandaimenipu #biarbodohjanjirajin #dalamhatiadataman #taman @nadiayaya6

A post shared by Toq Organization Officials (@taukejambu) on


Rata-rata mengakui terhibur dengan gurauan yang dilakukan oleh Tauke terhadap isterinya ketika berada dalam kereta.

Menerusi entri tersebut juga Tauke berharap agar orang ramai dapat mendoakan isterinya dipermudahkan untuk melahirkan anak mereka.

"Salam geng, bergurau dengan bini ni seronok. Cuma jangan terlebih sudah. Makan pelempang tangan kidal bini.

"Apapun mintak sahabat-sahabat doakan bini wa selamat bersalin ya. Dia dah kat hospital toq. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan," tulisnya.

MLM 2018 akan bersiaran bermula 2 November ini pada pukul 10 malam menerusi Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124), Astro GO dan ‘On demand’.