SELEPAS menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat skoliosis pada November 2022, penyanyi Zamani Slam kini sudah pulih lebih 80 peratus.
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik biarpun tak cecah 100 peratus, mungkin dalam 80 peratus. Tapi bagi saya dah boleh bekerja.
"Kalau dulu follow up dua minggu sekali, tapi sekarang selang enam bulan jaraknya.
"Kali terakhir check up doktor maklumkan keadaan saya semakin baik dan tak memerlukan pembedahan lagi," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, kongsi pelantun lagu Gerimis Mengundang itu lagi, dia bagaimanapun masih menunaikan solat seharian dalam keadaan duduk dan masih terbatas postur badan sekiranya mencangkung.
"Berdiri semua okey, cuma tak boleh mencangkung. Nak duduk tahiyat atau antara dua sujud masih belum boleh lagi.
"Kalau saya solat pun masih dalam keadaan duduk, sejak lebih setahun lalu. Mungkin saya yang tak berani mencuba atau takut-takut lagi," tambahnya.
Zamani antara bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza yang bakal berentap bersama 15 lagi bintang lain untuk pertandingan realiti nyanyian popular itu tahun ini.
All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.
Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023. -Gempak
ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.
Gempak
Fri Sep 29 2023
Zamani berkata dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan. -Gempak
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Slam masih berbisa, ubati rindu peminat di pentas DFP
Walaupun lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tempatan, kumpulan ini membuktikan mereka masih relevan dalam industri hiburan tanah air apabila berjaya memukau sekitar 920 peminat setia yang hadir.
Impian Slam buat persembahan di DFP bakal jadi kenyataan
Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung.
All Stars GV: Zamani tersingkir, Liza Hanim kekal juara mingguan
Zamani gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad.
All Stars Gegar Vaganza: Ramai persoal kenapa Zamani terselamat, ini jawapan Tok Ram
Menurut Ramli, Zamani mempunyai sedikit kelebihan kerana menyampaikan genre lagu di luar zon selesanya berbanding Ayai iaitu bintang yang tersingkir minggu ini.
'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
"Dia sudah sedar..." - Isteri sahkan Zamani selamat jalani pembedahan tulang belakang
Penyanyi Zamani dilaporkan sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang badan yang melengkung akibat penyakit scoliosis.
"Harap boleh berdiri tegak semula.."- Zamani jalani pembedahan selepas konsert
Vokalis kumpulan Slam Zamani berharap dia dapat berdiri tegak semula selepas menjalani pembedahan bagi menyembuhkan penyakit skoliosis.
Sedih badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
Penyanyi terkenal Zamani mengakui terasa dan bersedih melihat keadaan fizikalnya yang semakin membongkok setelah disahkan menghidap penyakit scoliosis.
Slam catat sejarah, "Gerimis Mengundang" gamit seribu perasaan dan memori indah
Sudah tercatat dalam sejarah peradaban industri muzik bahawa Gerimis Mengundang merupakan lagu yang mampu merentas benua.
Zamani oh Zamani ... harap tabah hadapi derita penyakit autoimun
Keadaan ini dipercayai menyukarkan pergerakannya sehingga dia kelihatan agak terbongkok-bongkok apabila berjalan.