'Saya bukan anak Sabri Yunus' - Issey Fazlisham

Gempak
Oktober 11, 2018 08:01 MYT
Issey turut berkongsi siapa anak Sabri sebenar, Muhammad Saidi yang juga merupakan seorang pelakon. - Foto IG
PENYAMPAI radio dan pelakon Issey Fazlisham mendedahkan salah faham yang terjadi antara dirinya dengan pelawak dan pelakon Sabri Yunus.
Issey menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik satu 'screenshot' perbualannya dengan seorang netizen semalam.
Dalam entri tersebut, Issey menekankan kepada pengikutnya dia bukan anak kandung mahupun anak saudara kepada Sabri seperti yang dikatakan sebelum ini.
Issey memberitahu Sabri adalah seorang sifu serta yang bertanggungjawab membawa dirinya masuk ke dalam industri seni ini.
Issey turut berkongsi siapa anak Sabri sebenar, Muhammad Saidi yang juga merupakan seorang pelakon.
Issey mula aktif di industri hiburan pada tahun 2013 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.
#Instagram #Issey Fazlisham #karier #Muhammad Saidi #pelakon #radio #selebriti