BEKAS suami kepada usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran meluahkan rasa terkilan apabila berita perceraiannya yang kali ketiga menjadi bahan bualan di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Emran berkongsi paparan skrin perbualan bersama dua kenalan rapat merangkap penasihatnya yang dikenali sebagai Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop.
Akui ahli perniagaan berumur 48 tahun, penceraian kali ketiga ini benar-benar menguji kesabarannya apabila banyak fitnah yang bertebaran terutama melibatkan ayah dan anak perempuannya, Engku Aleesya.
“Saya bukan nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ini.
“Saya sendiri boleh telan semua itu tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat. Mereka pun mungkin terasa malu juga,” katanya.
Menerusi perbualan mesej itu, Ustaz Rosli menasihati Emran untuk menyibukkan diri dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengamalkan taalim di rumah.
Sementara itu, Kekanda Uchop pula berpendapat tindakan mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata.
Katanya lagi, pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak perlu menegakkan kebenaran sebaliknya menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
Terdahulu, Engku Emran dan usahawan terkenal Noor Nabila sah bercerai talak satu pada Isnin selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.
Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Wed Sep 27 2023
Engku Emran dan usahawan terkenal Noor Nabila sah bercerai talak satu pada Isnin selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. - Foto Gempak
Tanpa bantuan kewangan, British Council boleh "lenyap" dalam sedekad
British Council boleh "lenyap" dalam dekad akan datang tanpa campur tangan segera kerajaan, kata ketua eksekutif organisasi itu.
JPJ kutip RM12.5 juta saman tertunggak
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM12.5 juta saman tertunggak hasil inisiatif tawaran kompaun khas kadar rata RM150 sejak awal Januari.
Israel bebas kumpulan kedua tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
114 banduan dari Penjara Ofer dipindahkan ke Ramallah, 16 banduan dihantar pulang ke Gaza dan 70 lagi diusir keluar dari Palestin.
Hubungan melangkaui perdagangan dan pelaburan - PM Anwar
Hubungan Malaysia dan China melangkaui perdagangan dan pelaburan, merangkumi pemahaman dan penghormatan bersama terhadap budaya serta tamadun kedua-dua negara.
Bas membawa tahanan Palestin tiba di Ramallah
Bas yang membawa tahanan palestin yang dibebaskan dari Penjara Israel tiba di Ramallah pada Sabtu.
Wanita Israel dibebaskan minggu depan - Hamas
Wanita warga Israel yang menjadi tebusan di Semenanjung Gaza akan dibebaskan minggu depan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pengangkutan awam percuma selama seminggu di Bangkok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra, mengarahkan khidmat pengangkutan awam diberikan secara percuma di Bangkok selama seminggu bermula hari ini.
Kemboja gesa pakai pelitup muka, elak aktiviti di luar rumah
Kerajaan Kemboja pada Sabtu menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati terhadap pencemaran udara yang tinggi sekali gus menasihati mereka memakai pelitup muka untuk aktiviti luar.
'Ketepikan ego, tolak ansur demi anak' - Erra Fazira nasihatkan pasangan bercerai
Menurut Erra, dia tidak mahu anaknya merasai nasib sama sepertinya tidak merasa kasih sayang bapa.
'Terima kasih kerana selama ini telah ...' - Noor Nabila
Berdepan dengan pelbagai dugaan dalam hidup, usahawan sensasi Noor Nabila mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang selama ini telah membantunya.
"Saya bukan nabi" - Perceraian kali ketiga uji kesabaran Engku Emran
Engku Emran meluahkan rasa terkilan apabila berita perceraiannya yang kali ketiga menjadi bahan bualan di media sosial.
Penuhkan hati saya dengan ketenangan - Noor Nabila
Reda dengan takdir, Nabila hanya berharap agar Allah sentiasa membimbing dan memenuhi hatinya dengan ketenangan.
'Saya tak pernah beri komen begini' - Erra Fazira hormati privasi Engku Emran
Erra menjelaskan dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung 'sikap sebenar' Engku Emran seperti yang didedahkan sebuah hantaran di media sosial.
Sharnaaz Ahmad anggap Noor Nabila wanita kuat
Sharnaaz nasihat netizen agar tidak mencampuri urusan kehidupan peribadi orang lain kerana ia boleh berbalik kepada diri sendiri.
Engku Emran, Noor Nabila sah cerai talak satu
Kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor, Noor Nabila sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
'Tiga perkahwinan bukan gagal, sebaliknya...' - Engku Emran mohon hormati Noor Nabila
Emran berharap orang ramai dapat menghormati dan memberi ruang kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar ketika ini.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Isu rumah tangga Noor Nabila dan Engku Emran: Ini Respons Noor Kartini...
Anak-anak sudah dewasa, justeru, Datin Noor Kartini enggan campur tangan dalam hal rumah tangga mereka.