awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ugut tikam dan rogol rakan sekelas, pelajar 13 tahun diperintah bon berkelakuan baik
Kes Zahid Hamidi: AGC sahkan keterangan tidak mencukupi, tiada tindakan lanjut
China haramkan eksport nadir bumi ke Jepun susulan ketegangan isu Taiwan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya hormat identiti kebangsaan saya - Afdlin Shauki

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
07/08/2016
05:46 MYT
Saya hormat identiti kebangsaan saya - Afdlin Shauki
Afdlin menegaskan dirinya sentiasa membawa nama Malaysia setiap kali terlibat dalam mana-mana acara seperti persembahan komedi, misi kemanusiaan dan festival filem antarabangsa. - Gambar fail
“SAYA hormat identiti kebangsaan saya.” Demikian tegas Afdlin Shauki dalam status Facebooknya yang terbaharu berkenaan isu pengasingan kategori Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia bagi Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).
Status yang dimuat naik hari ini turut menyertakan respons Afdlin terhadap kenyataan presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Datuk Yusof Haslam yang meminta beliau menghormati identiti kebangsaan.
“Saya orang Melayu Johor. Semua filem yang saya buat adalah dalam Bahasa Malaysia,” ujar pengarah filem Papadom itu.
Afdlin menegaskan dirinya sentiasa membawa nama Malaysia setiap kali terlibat dalam mana-mana acara seperti persembahan komedi, misi kemanusiaan dan festival filem antarabangsa.
FFM perlu berubah
Tambah Afdlin, senario dunia perfileman Malaysia sudah banyak berubah dengan penglibatan pembikin filem bukan Melayu.
“Sekarang negara dah ada pusat pusat pengajian tinggi yang mengajar media dan penyiaran. Lebih ramai rakyat Malaysia yang meminati bidang seni dan seni filem.
"Jadi, sekarang kita ada tambahan karyawan dari bangsa lain yang memasuki industri. Filem Malaysia berbahasa Cina pun boleh berbelasan juta kutipannya,” jelas Afdlin.
Beliau yang baru-baru ini membuat keputusan memboikot FFM28 turut menyatakan, para pembikin filem yang membuat filem bukan dalam Bahasa Malaysia juga berhak merasakan FFM sebagai festival mereka juga.
Raikan kepelbagaian
Pelakon filem Soal Hati ini juga berkongsi harapan agar wujud industri filem yang bersatu-padu.
“Usahakan dengan apa yang kita ada. Apa yang di depan mata kita, itulah yang kita gunakan untuk memacu kehidupan kita. Raikan kepelbagaian kita.”
Afdlin merupakan pemegang rekod pemenang terbanyak bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik FFM, iaitu tiga kali menerusi filem Soal Hati, Buli Balik, dan Papadom.
Rekod tersebut dipegang bersama dengan Eman Manan.
Topic Berkaitan
#Afdlin Shauki
#FFM
#FFM28
#Yusof Haslam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan