awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya kena kuat dan positif raya tahun ini' - Noryn Aziz ulas isu perceraian

Gempak
Gempak
17/06/2018
07:51 MYT
'Saya kena kuat dan positif raya tahun ini' - Noryn Aziz ulas isu perceraian
Pasangan Noryn dan Raja Kamarul Bahrin ini memfailkan penceraian sejak tahun lalu. - Foto Astro GEMPAK
Penyanyi Noryn Aziz memberitahu dia kini perlu kuat dan sentiasa positif melalui apa jua yang berlaku di antara dia dan suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Malah, sambutan Hari Raya masih disambut bersama dengan anak mereka, Raja Bariq Umar Shah yang berusia 4 tahun.
“Saya masih menyambut hari raya seperti biasa bersama suami dan anak.
“Kami masih dalam proses perceraian, jadi saya tidak boleh hendak berkata apa-apa.
“Cuma apa yang boleh saya katakan, raya ini saya perlu postif dan kuat sahaja melalui apa yang berlaku,” katanya kepada Astro Gempak, baru-baru ini.
Pasangan ini memfailkan penceraian sejak tahun lalu.
Mereka bakal melakukan proses sulh sekali lagi di Mahkamah Syariah Kuala Terengganu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Noryn dan suami bernikah pada 22 Januari 2010.
Menurut Noryn, dia kini perlu menjaga hati dan perasaan anaknya Umar yang masih kecil supaya tidak terganggu dengan masalah yang mereka hadapi.
“Saya perlu gembirakan Umar setiap masa kerana dia seorang anak yang sangat sensitif.
“Dia seorang yang 'emotional'. Bayangkan, menonton kartun yang wataknya mati pun dia boleh menangis.
“Dia macam boleh faham tapi saya sibukkan dia dengan pelbagai aktiviti supaya dia tidak terkesan dengan masalah yang kami hadapi,” katanya lagi. - Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#anak
#karier
#Mahkamah Syariah Kuala Terengganu
#Noryn Aziz
#Raja Bariq Umar Shah
#Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan