Saya mahu Shaheizy Sam lakonkan watak The Pocket Rocketman - Azizulhasni Awang

Nursyazwani Saiful Sham
Februari 14, 2018 11:58 MYT
Menurut Azizul, filem ini diangkat berdasarkan kisah sebenar dan pengalamannya sejak kecil sehingga beliau berjaya meraih gelaran juara dunia. Foto: Astro AWANI\Siti Nursyazwani
Siapa yang tak kenal Azizulhasni Awang. Beliau merupakan jaguh keirin yang menempa nama dalam sukan lumba basikal trek hingga ke persada dunia.
Pahit getir perjalanan atlet yang diberi gelaran The Pocket Rocketman ini bakal diadaptasikan dalam bentuk filem bercorak biografi atau biopik tidak lama lagi.

Azizulhasi Awang telah tiba di sidang media bersama Naib Canselor UUM dan pengarah filem, Raja Mukhriz @501Awani pic.twitter.com/89oijExis4

— syaz (@ssnsyzwani) February 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut Azizul, filem ini diangkat berdasarkan kisah sebenar dan pengalamannya sejak kecil sehingga beliau berjaya meraih gelaran juara dunia.
“Akan ada cerita yang mana saya hampir dilanggar lori semasa mengayuh basikal di kampung, ada juga cerita pada waktu saya tiada duit untuk bertanding dalam acara lumba basikal, ada juga cerita yang mana saya perlu berkorban demi keluarga.

"Cerita ini berdasarkan anak kecil yang dari Dungun dan kini menjadi juara dunia," Azizulhasi Awang. @501Awani pic.twitter.com/y71os93PF3

— syaz (@ssnsyzwani) February 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Memang banyak kisah suka duka yang akan disampaikan. Cerita sebegini kalau diceritakan semula memang boleh buat saya sebak. Tetapi mesej utama filem ini adalah untuk menceritakan saat suka dan duka saya sehingga saya mampu berdiri teguh menjadi juara dunia pada waktu ini.
“Bukan itu sahaja, filem ini juga akan menerapkan tema perpaduan, semangat kesukanan dan ketabahan. Terlalu banyak nilai yang bakal ditayangkan dalam filem ini yang saya harap akan memberi inspirasi buat anak muda,” katanya ketika ditemui Astro AWANI pada sidang media Filem Biopik Azizulhasni Awang di ibu negara, hari ini.
Tambah Azizul, beliau ingin pelakon terkenal Shaheizy Sam untuk menjayakan watak The Pocket Rockeman dalam filem biopik itu.
Filem ini merupakan hasil kerjasama dengan ThreeSixty Management yang merupakan syarikat pengurusan Azizul, UniTalent Sdn Bhd dan Universiti Utara Malaysia.

Sama ada Azizul ada peranan atau tidak, masih lagi dalam perancangan! @501Awani

— syaz (@ssnsyzwani) February 14, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Filem biopik yang dijangka akan ditayangkan pada pertengahan tahun 2019 ini akan diarahkan oleh yang telah merangkul pelbagai anugerah iaitu Raja Mukhriz dan kos pembikinan filem ini dijangka sebanyak RM 6juta.
Kata Raja Mukhriz, tema yang diangkat adalah semangat nasiolisme Malaysia bagi memupuk semangat patriotik dalam kalangan rakyat negara ini.
Bagi merancakkan pembikinan filem ini, satu program 'Misi mencari Azizuihasni Awang' akan diadakan dan ia merupakan satu usaha produksi dalam mencari bakat bagi membawa watak Azizul.
#Azizulhasni Awang #filem #keirin #keluarga #lumba basikal trek #Malaysia #perpaduan