'Saya minta maaf' - Hael Husaini mohon maaf rosakkan persembahan Wanie Kayrie

Gempak
Ogos 20, 2018 06:33 MYT
Menerusi Instagramnya, Hael mengakui berdepan masalah teknikal pada awal persembahannya bersama Wanie Kayrie sewaktu menyanyikan lagu 'Sampai Bila' (Misha Omar). - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI popular Hael Husaini memohon maaf atas kesilapan yang berlaku ketika persembahan pada konsert Big Stage malam tadi.
Menerusi Instagramnya, Hael mengakui berdepan masalah teknikal pada awal persembahannya bersama Wanie Kayrie sewaktu menyanyikan lagu 'Sampai Bila' (Misha Omar).
"First of all saya nak minta maaf @wanikayrie, I messed up tonight atas beberapa kesalahan teknikal yang tak dapat dielakkan di awal persembahan.
"I guess today is not my day. Maaf sekali lagi. Saya akan perbaki lagi kelemahan saya. Thank you," tulis Hael bersama sepotong video rehearsal Big Stage petang semalam.
#Big Stage #Hael Hussaini #konsert #Misha Omar #Wanie Kayrie