Saya mohon anda hormat hak cipta, karya insan seni - Siti Nurhaliza dukacita

Asyraf Roslan
Februari 20, 2020 08:45 MYT
Siti Nurhaliza turut memohon supaya peminat membantunya membuat laporan terhadap akaun-akaun yang mengambil kesempatan. - Instagram CTDK
Sejak Datuk Seri Siti Nurhaliza memuat naik teaser lagu terbaharunya, duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta yang berjudul 7 Nasihat, ramai yang sudah tidak sabar menantikan buah tangan terbaharu penyanyi itu.
Meskipun baru saja dilancarkan pada jam 12 tengah malam tadi, peminat setia sudah menanti lagu baharu penyanyi nombor satu negara tersebut.
Namun, kini sudah ada cerita yang tidak sedap didengar.
Beberapa individu yang tidak bertanggungjawab didapati cuba mengambil kesempatan dengan memuat naik lagu tersebut di laman YouTube peribadi mereka.

pic.twitter.com/BD91KtjCNW

— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) February 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Melalui laman Instagram milik Siti Nurhaliza, beliau memohon supaya mereka yang memuat naik lagu tersebut di laman YouTube menghormati hak cipta dan karya penggiat seni dan hiburan tanah air.
"Dukacita, sudah banyak yang memuat naik dan meletakkan di dalam YouTube masing-masing. Saya mohon agar anda menghormati hak cipta dan karya insan seni," tulisnya.

20022020.#Singlebaru#7Nasihat#Siti2020 . 12 tengah malam ini, nantikan di semua platform digital. . Video: @rasafilm.co pic.twitter.com/9OXIrP5F4Q

— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) February 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada masa sama, beliau juga memberitahu bahawa pihaknya, SNP dan Universal Music akan segera memantau perkara tersebut.
Jika ada pihak yang masih belum memadamkan video tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.
Penyanyi yang juga popular dengan lagu Anta Permana memohon supaya peminat membantunya membuat laporan terhadap akaun-akaun yang mengambil kesempatan.
Melalui pemantauan Astro AWANI di media sosial, peminat kini sedang berbicara mengenai lagu tersebut berserta tanda pagar #7Nasihat dan #Siti2020 yang kini trending di media sosial.
Bagi anda yang ingin mendengarkan lagu terbaharu daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, anda sudah boleh mendengarnya di Joox, KKbox, Apple.
#7 Nasihat #hak cipta #hiburan #Instagram #media sosial #muat naik #Siti Nurhaliza #Siti2020 #video #YouTube